cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 10-Jun-2009 06:14 Email | Share | | Bookmark
ROMBONGAN CIK KIAH KE TALLINN, ESTONIA

 
 
 
View all 12 photos...


Oh ya...pada 30hb May, 2009 kita beramai-ramai buat lawatan ke Tallinn, Estonia. Best sgt berjalan beramai-ramai, riuh rendah. Kita berangkat dr Helsinki jam 8.30pg dan sampai di Tallinn pada pukul 10.30pg, 2 jam perjalanan naik kapal cruise tu. Maybe nie lah kali terakhir kita berpeluang ke Tallinn.

FYI, setelah setahun menunggu masa nak balik ke Malaysia akhirnya kali nie confim confirm confirm ( kene ckp byk kali krn mcm tak percaya jeee) kita dah malu nak kata balik balik balik.....

Perasaan bercampur baur.... terasa happy yg amat krn berpeluang berpuasa dan berhari raya di tanah air, dah lebih 4 tahun oooo perasaan risau pun ada, sedih pun ada...biasalah tu.....insyaallah semua berjalan dgn lancar, kita cuma mampu mengharap dan berdoa utk yang terbaik.....

Bagi anak-anak pulak, hhhhhhhmmmmmmm.....
ERA- dia ok je krn kecik lagi, seronok lah krn boleh swimming kata nye...
IKA - if dpt mmg dia tak nak balik Msia, takut katanya....lagi ada BFF kat sini..
ZAHIR - anak bujang kita biasa je..dia ok sgt krn katanya dah setahun nak balik Msia, kawan- kawan dia kat sekolah pun tertanya-tanya sama ada kali nie betul ke tidak? alhamdulillah kali nie mmg benar dan sahih.....
perkara yg sama pun terjadi dgn kita, dr tahun lepas lagi kata nak balik, tak balik2 pun... sampai ada kawan kita kat sini kata, kita mmg tak di takdirkan balik pun...sungguh menyedihkan....

Kepada kawan-kawan baik yg jauh dan dekat, doakan agar segalanya dipermudahkan bagi kita sekeluarga. Amin....


okkkk layannnn gmbr rombongan cik kiah.........












Wednesday, 3-Jun-2009 07:07 Email | Share | | Bookmark
IKAN BAWAL MASAK KARI ASAM / LINNANMAKI 2009

 
 
 
View all 12 photos...



Lama jugak tak mengupdate fp nie. Kebelakangan nie fikiran kita ada kacau sikit dan lebih melayan facebook .....

Oh ya...anak2 dah cuti sekolah (summer holiday) dan apa lagi kerja berperang /berebut pakai pc ler kat rumah nie...

Kali nie kita letak gambar2 kita ke Linnanmaki bersama keluarga Hailey, kawan Ika. Kali nie kita celebrate hari jadi Hailey utk kali terakhir kerana Hailey kene balik cepat ke Alaska utk holiday dan tak akan berjumpa dgn Ika lagi. Sedih jg tgk budak2 nie krn mereka dah lama berkawan. Insyaallah boleh beremail2 nanti tu, sekarang ada teknologi moden.


Resipi hari nie, simple...layannnnnnn.......







IKAN BAWAL MASAK KARI ASAM

Bahan-bahan :

Ikan bawal , dibersihkan
1 biji bawang besar, diblend
3 biji bawang putih, diblend
2 inci halia, diblend
3 sudu besar cili kisar
2 sudu besar serbuk kari, dibancuh dengan sedikit air
1/2 cawan air asam jawa
Air secukupnya
Garam & gula secukup rasa
2 tangkai daun kesom
1 tangkai bunga kantan

Cara-cara :

1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan semua bahan blend hingga naik minyak.
2. Masukkan cili kisar dan kacau rata.
3. Masukkan serbuk kari dan tambah sedikit air. Kacau rata.
4. Tuangkan air secukupnya. Bila mendidih, masukkan ikan.
5. Bila ikan agak masak, masukkan air asam jawa, bunga kantan dan daun kesum.
6. Perasakan dengan garam & gula.









Sunday, 10-May-2009 00:00 Email | Share | | Bookmark
HAPPY MOTHER'S DAY

A very HAPPY MOTHER`S DAY TO ALL THE MOTHERS in the world.

My mom is the best mom in the world.I miss her so much....... I hope to see her soon, insyaallah......















Friday, 8-May-2009 11:30 Email | Share | | Bookmark
HAPPY 14TH BIRTHDAY TO ZAHIR

 
 
 
View all 6 photos...


Hari nie hari ulangtahun ZAHIR yg ke 14...mama sayang sgt2 dgn baby boy mama yg seorg nie...dah besar panjang... Mama sentiasa mendoakan yg terbaik di dunia dan akhirat utk anak yg tercinta... semoga manjadi anak yg taat dan anak yg soleh, aminn....

Pagi2 Zahir kene tiup lilin...bagus jg krn dia lahir pukul 7.40am. Alasan yg lain pulak... si ERA dan IKA tak sabar2 nak makan ciskek. Dari semlm lagi , asyik tanya bila boleh makan... So breakfast ciskek hari nie.......

So simple cake....tak de deko2 yg hebat2 krn nak anak2 kurang minat dgn buttercream ....selamat MAMA...hehehehehehe......










Di sini kita attachkan gmbr2 proses membuat ciskek semlm....









Wednesday, 6-May-2009 09:16 Email | Share | | Bookmark
MARBLE CHEESE BROWNIES & BBQ PARTY (01.05.2009)

 
 
 
View all 6 photos...



Kita buat Marble Cheese Brownies utk BBQ party yg dianjurkan oleh kumpulan pelajar di Helsinki, Finland. BBQ di adakan pada 1hb May, 2009 iaitu pada hari Buruh.

Seronok sgt ...yalah makan tak habis2 ...









MARBLE CHEESE BROWNIES- resipi dr rinchan.fotopages.com

Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:

1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.


Bahan-bahan lapisan cheese:

250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.









[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net