cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 21-Mar-2009 14:36 Email | Share | Bookmark
STEP BY STEP KUIH LAPIS & HIMOS SKI RESORT

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 



Sekarang nie memang lembap bab update fp..... kata nya sibuk sgt2 tak lah jugak cumanya lately nie kita sibuk dan lalai dgn hal lain. Selepas kemas2 rumah pagi2,duduk depan PC, mesti nak tgk TV Msia je mcm Wanita Hari Ini dan lain2...termasuklah tgk SpaQ2 pas tu kene keluar ambil si era dari daycare, keluar 2 kali sehari pagi dan tgh hari.

Lagi kene jaga makan tapi bukannya diet lerrr....cuma kurangkan xtvt membuat makanan yg manis2 seperti kek dan pastri2. Lagipun if buat pun, tak de yg menghabiskan kecuali ada gather2 gitu. Aktiviti gather2 pun dah dikurangkan buat masa nie. Entahlah...apa dah jadi dengan semangat berkumpul2 nie...dah padam rasanya....tak bersemangat lagi dah... lebih tenang bersendirian mcm org bertapa kat dalam gua....

Dibawah nie ada step by step buat kuih lapis..hari tu kat sekolah anak2, ada yg jangka kita buat kek lapis, pdhal kita kata kuih lapis....belum ada semangat lagi nak buat kek lapis..insyaallah suatu hari nanti.....














KUIH LAPIS

Bahan-bahan:

150gm tepung beras
130gm tepung ubi
secubit garam
400 ml santan
300gm gula
300ml air
2-3helai daun pandan

Cara

1.Masak air dan gula bersama daun pandan sehingga gula hancur dan mendidih.
2.Gaulkan semua bahan dan tapiskan.
3.Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
4.Masukkan pewarna merah dlm satu bahagian adunan dan biarkan warna putih dlm satu bahagian lagi.
5.Tambahkan air dalam kedua2 adunan supaya sukatannya sama.sukatan bg satu adunan adalah 500ml.
6.Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang yg akan digunakan.
7.Masukkan 1 senduk adunan putih (lebih kurang 100ml-150ml) dan kukus selama 5 minit.sukatan adunan bergantung kpd saiz loyang yg dipakai.
8.Lapiskan 1 senduk adunan merah dan kukus semula selama 5 minit.
9.Lapiskan adunan putih dan merah berselang seli sehingga adunan habis.
10. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan.


Nie pulak gambar lama.....kita bersama dgn Nazira dan keluarga ke HIMOS SKI RESORT..200km dari Helsinki. suhu hari tu 31hb Januari 2009, sejuk sesgt sampai -17c.








View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net