cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 14-Jan-2009 12:22 Email | Share | Bookmark
PANDAN SWISS ROLL

 
 
 
 
Nielah kali ke 2 kita buat swiss roll. Kali pertama tak sempat nak roll pun krn kek nya terbakar setengah dan hancusss....

Resipi asal dr Mamafami iaitu Strawberry Batik Swiss Roll tapi kita buat yg basic dulu..nanti bila dah tahu sikit2, baru cuba yg batik2 nie...









SWISS ROLL PANDAN
(loyang 8 x 11 inci)

Bahan-bahan :

BAHAN A:

3 biji telur gred A @ B
2 oz gula castor
1/2 sudu teh baking powder
3/4 sudu teh esen pandan
1/2 sudu besar ovallete
1.5 oz tepung gandum
1/2 sudu besar susu tepung
sedikit pewarna hijau jika suka

BAHAN B:

2 oz mentega cair - cairkan


butter icing secukupnya


Kaedah penyediaan :

1. Telur, gula, ovallete, baking powder, esen pandan, tepung gandum dan susu tepung dipukul dengan kelajuan maksima sehingga gebu (5-7minit)
2. Masukkan mentega cair, kemudian kaup balikkan biar rata.
3. Tuangkan adunan ke dalam loyang kemudian ratakan permukaannya.
4. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 C selama 15 minit, api atas dan bawah.
5. Apabila kek sudah masak, keluarkan dari oven ke atas redai. Biarkan sejuk.
6. Terbalikkan atas kertas baking yg di taburkan dgn gula dan kelapa kering dan keluarkan kertas alas semasa membakar. Sapu permukaan dengan butter icing.
7. Gulung kek tadi perlahan-lahan dan cermat.
8. Balutkan dengan cling film dan simpankan di dalam peti ais untuk mengentalkan buttercream.
9. Potong dan hidangkan.


Quote:
PANDAN SWISS ROLL

Ingredients :

(A)

3 nos eggs
2 oz castor sugar
1/2 teaspoon baking powder
3/4 teaspoon pandan essence
1/2 tablespoon ovallette
1.5 oz flour
1/2 tablespoon milk powder
a few drops of green coloring - optional

(B)

2 oz butter ~ melted

(C)

Buttercream icing

Method :

1. Place ingredients A in a mixing bowl. Beat on high speed for 5 to 7 minutes.
2. Add melted butter and mix well.
3. Spread the batter onto the tray layered with greaseproof paper.
4. Bake in a preheated oven at 180 C for 15 minutes.
8. Once baked, remove the cake from the tray onto a wire rack. Let it cool.
9. Turn the cake onto another piece of paper that sprinkle with sugar and descicated coconut and spread the buttercream.
10. Slowly and carefully, roll the cake. Wrap in a clingfilm and keep in the refrigerator for the buttercream to set before slicing it.




NIE PULAK GAMBAR STEP BY STEP MAMAFAMI...THANKS MAMAFAMI, IZINKAN KITA PASTEKAN KAT SINI OK.....




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net