cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 13-Dec-2008 23:45 Email | Share | Bookmark
PIZZA SIMPLE

 
 
Salam semua......minggu lepas adalah minggu yg sungguh mencabar bagi kita krn kita menerima berita yg tak baik dr kpg. Atuk kita sakit tenat dan kita pulak jauh di sini tak leh menjenguk dia. Kata adik..atuk selalu sebut nama kita....

Kepada teman2 yg berkunjung ke sini, doakanlah semoga atuk kita pulih dan pjg umur.. Kita mmg berharap dpt berjumpa dia tp keadaan tak mengizinkan buat masa nie.. Kita cuma mampu berdoa dan berserah kepada Allah s.w.t.

Hari nie kita cuma nak kongsi resipi pizza atas permintaan teman..."akak dah bubuh resipi nie, jgn lupa cuba buat ok..."











PIZZA

Bahan utk kulit pizza:

500gm tepung gandum
11gm yis ( 1 paket)
1 sd makan gula
3-4 sd makan shortening/margerin
1 sd makan susu tepung
250ml air
secubit garam
1 biji telur

Bahan utk topping:

Bawang besar, hotdog (sliced) , tuna, udang, cili benggala,nenas, tomato..
semuanya terpulang kepada selera masing-masing
tomato paste ...kita pakai sos pasta

Cara:

1. Untuk kulit pizza ulikan semua bahan sehingga menjadi doh.
2. Masukkan sedikit olive oil dan uli lagi hingga sebati dan tak melekat di tangan biarkan doh naik sedikit uli lagi dan canaikan di atas dulang yg telah digriskan.
3. Sapukan sos pasta atau sos pizza ke seluruh bahagian dan taburkan topping.
4. Jgn lupa taburkan oregano dan renjiskan sedikit dgn olive oil.
5. Bakar pada suhu 180 c selama 12-15 minit.
6. Taburkan cheese dan masukkan pizza ke dalam oven sekali lagi, bakar pd suhu 180c selama 5 minit.
7. Ok.....dah siap dan bolehlah di makan panas-panas.....


Nota: boleh gantikan air dgn susu segar dan tak payah pakai susu tepung
sukatan air bergantung kepada tepung...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net