cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 6-Sep-2008 23:45 Email | Share | Bookmark
APAM BALIK

 
 
 
 
 
 
 
 
Hari berbuka puasa ...penuh hidangan...nak tahu kenapa???? Kerana terlepas sahur pagi tadi...kita tukar hp lain dan belum arif lagi pakai hp tu dan lupa ON utk hari Sabtu....












Dan apam balik dibuat bbp hari yg lalu...layannn.......









APAM BALIK versi Garing dan Nipis - kita punya tak garing dan nipis sgt..lain kali kene buat nipis2 lagi.....
resipi kita ambil dari malaykueh.blogspot...thanks Aniza....

Bahan-bahan:

170gm tepung serbaguna
100gm tepung beras
30gm tepung jagung
150 gm gula castor
2 tsp baking power
1/2 tsp baking soda
1/2 tsp kecil garam
2 biji telur grade A
1 tsp esen vanilla
200ml air


Cara membuat:

1.Pukul gula bersama telur hingga kembang, masukkan soda bikarbonat, susu segar, baking powder dan pewarna kuning.
2.Pukul lagi hingga sebati.
3.Masukkan tepung dan kacau supaya ianya tidak bergentel. perap 1 hr.
4.Panaskan pan 'non stik' tanpa menggunakan sebarang minyak, ambil satu senduk atau dua (bergantung kpd ketebalan yg disukai) dan tuangkan ke dalam pan kemudian nipiskan.
5.Tutup pan sebentar (ambil ler tutup periuk yg sesuai utk pan tu klu pan tak ada penutup).
6.Apabila setengah masak, taburkan bahan taburan tadi dan 1/2 camca teh mentega.
7.Tutup sekejap, bila masak bolehlah diangkat dan dilipat dua.

Received this email from PAPA....


Quote:
Sesungguhnya Allah sayangkan insan-insan yang mengamalkan perkara iniā€¦.


Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.



Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.


Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.


Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.


Jangan tidur selepas solat Subuh,
nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).


Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.


Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.


Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.


Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa ,
kerana mati boleh datang bila-bila masa.


Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.


Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.


Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.


Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.


Jangan banyak ketawa.
Nanti mati jiwa.


Jangan biasakan berbohong,
kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.


Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH. . .


Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.


Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.
Jangan biarkan SAJE email ni. Hantarkan kepada semua saudara islam yang anda kenal !!

Wasalam

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net