Want your
own Fotopage?








 
cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 3-Sep-2008 10:40 Email | Share | Bookmark
POPIA BASAH & POPIA GORENG

 
 
 
 
 
 
Dah 3 hari kita berpuasa....hhhhmmmmm...alhamdulillah anak2 berpuasa dengan elok kecuali baby Era je yg belum start berpuasa lagi....Kita dah terima baju raya dari Malaysia...yahooo.... Belum habis bulan puasa, dah terima baju raya...mmg tak acikan?....tp tak pe dah hampir 4 thn di sini, inilah pertama kali dpt kiriman baju raya..... bukannya free , kene bayar ooooooo.......



Inilah resitnya Pos Laju....








DAH LAMA TERINGIN NAK MAKAN POPIA BASAH TP BARU SEMALAM KITA BERKESEMPATAN MEMBUATNYA













POPIA BASAH UMIE- resipi di ambil dari MyResipi.com, kita ubah serba sedikit ikut selera sendiri....

Bahan-bahan ( 12 keping )

Bahan untuk kulit:

2 cawan tepung gandum
1 biji putih telor
3/4 cawan air
2 sudu makan cuka
secubit garam

Bahan untuk inti** (boleh buat inti ikut suka atau cara tersendiri)

1/2 biji kobis - diricih halus
3 biji sederhana besar carrot - disagat halus
1 biji sederhana bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu makan udang kering
garam secukupnya
minyak untuk menumis

Cara:

Blend bawang besar+bawang putih+udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan blend tadi. Kemudian masukkan sos tiram + garam. Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga layu. ( kita tak masak sayur sampai layu , kita suka sayur yg crunchy...)

Bahan untuk sambal:

15 tangkai cili kering - kita letak 3-4 je (pantangggg pedassss)
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 sudu besar gula perang
2 sudu besar kicap manis
minyak untuk menumis
garam, perasa dan bawang goreng secukupnya

Cara:

Blend cili kering+bawang besar +bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blend hingga garing. Masukkan kicap dan gula perang + garam dan perasa.



CARA SETERUSNYA:

1. Campurkan kesemua bahan utk kulit ke dalam mangkok adunan, gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam
2. Ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper (contoh seterusnya - boleh lihat gambar di www.myresipi.com)
3. Buat dari arah jam, mulakan dari tepi dulu dan kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan
4. Setelah rata - bulat >>> biarkan sampai tepung masak sebentar
5. Angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan . Boleh disusun berlapis2 (tak lekat)
6. Ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal dan letak satu sudu besar inti dan taburan bawang goreng
7. Lipat macam biasa dan gulung dan sedia untuk dimakan

NOTA: KITA TAK BUAT KULIT POPIA SENDIRI, KITA GUNAKAN TIP DR HAJAR FP IAITU RENDAM KULIT POPIA BIASA KE DALAM AIR SUAM SELAMA BEBERAPA SAAT...JGN LAMA KRN KULIT AKAN MUDAH CARIK.....

Quote:
Nota Kaki: Setelah buat beberapa kali popia basah ni, kulit popia tu boleh celup dlm air suam je atau celup dlm air masak sejuk pun takpe...kulit dia tetap lembut dan boleh dibuat sekeping sekeping bukan 2 keping spt yg mula2 kita buat



LASTLY...AKSI ERA....






AWARD DARI RINZURA....TERIMA BYK-BYK RINZ......













View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net