cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 30-Aug-2008 21:15 Email | Share | Bookmark
SALAM RAMADHAN, SAGO PEARL PUDDING & TAG FROM KAK LIN

 
 
 
 
 
KEPADA SEMUA RAKAN2 YG DI KENALI DAN JUGAK TAK DI KENALI...
KITA SEKELUARGA MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK.
SEMOGA SELAMAT MENJALANKAN IBADAT PUASA & MENDAPAT KEBERKATAN DARI ALLAH S.W.T. AMIN.......................

MAAFKAN SALAH SILAP SEKIRANYA ADA DAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN SEMUA.....















SAGO PEARL PUDDING - resipi dari Mat Gebu Blog...kita punya tak secantik pudding Mat Gebu, kita tak de pilihan warna ...kita cuma pakai sirap ros je...
Sumber: GERT

Bahan-Bahannya :

20 g serbuk agar-agar
1 liter air
300 g gula pasir
3 helai daun pandan, disimpul
100 g biji sagu rumbia
250 ml santan
Pewarna merah, hijau dan kuning (atau ikut kegemaran)

Cara membuatnya :

1. Redam biji sagu rumbia selama 2 jam, kemudian rebus dalam air mendidih hingga biji sagu jernih. Tuang dalam tapis dan cuci bawah air mengalir untuk membuang kanji dan mengelakkan biji sagu melekat antara satu sama lain.
2. Bagi2kan biji sagu tadi kepada 6 bahagian yang sama banyak. Tiga bahagian dibiar pada warna asal, dan 3 bahagian lagi diberi warna hijau, merah dan kuning. Ketepikan.
3. Tuang air dalam periuk, masukkan gula, serbuk agar2 dan daun pandan. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Tuang santan dan kacau hingga rata. Kecilkan api.
4. Ceduk 200ml agar2 tadi, masukkan satu bahagian sagu tanpa warna, kacau rata menggunakan garfu dan tuang dalam bekas berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci yang telah dibasahkan dengan sedikit air. Biar keras sedikit dan kelar2 permukaannya dengan pisau.
5. Cedok 200ml agar2 lagi dan gaulkan bersama sagu bewarna hijau, kacau dengan garfu hingga rasa dan tuang perlahan atas lapisan pertama yang hampir mengeras tadi. Biar keras sedikit sebelum proses seterusnya.
6. Tuang secara berselang seli sehingga menjadi lapisan no.1 = putih, no.2 = hijau, no.3 = putih, no.4 =kuning, no.5 = putih dan no.6 = merah. Biar sejuk, kemudian simpan dalam peti sejuk 1 - 2 jam, sebelum dikeluarkan dari acuan....selamat mencuba semuaa!!!

nota: kita buat 2 warna je.....


Quote:
Original recipe from Gert.....

Pearl Sago Pudding

Ingredients :

20 grm of agar agar powder
1000 ml water
300 grm of sugar
3 pandan leaves
100 grm of sago (soaked for 2 hours)
250 ml of thick coconut milk
A few drop of green/red/purple coloring

Method :

1) Cook sago until transparent and rinse under cold water. Divide sago into 6 portions. Add purple, red and green coloring into each portion. The other 3 portions remain white.
2) Boil agar-agar powder with water, pandan leaves and sugar and then add in coconut milk. Bring to boil and turn heat to very low flame.
3) Take 200ml of the agar agar mixture and add in one portion of the white sago. Stir well.
4) Pour into a 8" wet baking pan or mould. Let it coagulate.
5) Scratch the surface with a fork.
6) Take another 200ml of the agar-agar mixture and add in the purple color sago. Stir well and pour on top of the white layer and let it coagulate.
7) Continue the same process - 3rd layer will be white, 4th will be green, 5th will be white and the final layer will be red.
Chill in the fridge before slicing. Serve cold.

Note : Cooked sago must be rinsed under cold running water so that it does not stick together.


TAG FROM KAK LIN





Dibuat oleh: antownholic.blogspot.com, reskitrianto.blogspot.com, bashrie.blogspot.com,juzzyouandme.blogspot.com, sweethoney, sofiaroxy, darleeluv, a gift fRoM hEaRt, a gift from azza, sejenak bersamaku, cherita dapur, kaklin,cekdesam


Ni Arahan Nya…

1. Copy Gambar Kat Atas Tu Dan Post Kat Blog Kalian
2. Teruskan Mencari Mangsa Seramai 5 Org..(Nak Lebih Pun Takpe)
3. Setelah Mengenalpasti Mangsa Yg Sesuai, Sila Tinggalkan Pesanan Di Blog Mereka
4. Lastly, Jgn Lupa Tempek Url Kalian Sebelah Url Kaklin Tuh...

Kak Lin Telah Menerima Tag Ini Daripada Ain. Seterusnya Kak Lin Nak Bagi Tag Ni Kepada 5 Orang Sahabat Kak Lin.....Mereka-Mereka Yang Terpilih Adalah Seperti Berikut:-


1. Mamazieza
2. Kak Nim
3. Fatimah Julia
4. Bro Jeff
5. Niza





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net