cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 21-Aug-2008 23:00 Email | Share | Bookmark
KARI UDANG BERDAUN PANDAN & SUMMER HOLIDAY PART 7 ( FINAL)

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Pada hari Jumaat 18-07-2008, naik Silja Line balik ke Helsinki pada pukul 5.30pm dan dapat cabin kat bawah sekali tingkat 2, dibawah deck kereta....huhuhuhuhuhuhu... Apa boleh buat krn tak de buat tempahan awal2. Cukup nasib baik dpt cabin...Kita sampai di Helsinki pada pagi Ahad 19-07-2008 pukul 9.30am. Terus ke kedai Ararat utk beli makanan dan balik rumah....masak,kemas dan cuci baju......





Oh ya...minta maaf kpd kawan2 cyber..tak sempat nak buat lawatan balas...ada masa mesti buat lawatan balas...Terima kasih krn sudi singgah di sini...


Resipi hari nie...














KARI UDANG BERDAUN PANDAN - resipi dr Kak Fazi fp
Sumber: Mesra.com

Bahan-Bahan:

½kg udang besar
1 cm kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
5 biji Cengkih
2 biji bunga lawang
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
3 sudu besar serbuk kari
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbu ketumbar 4 ulas bawang merah-tumbuk halus
3 ulas bawang putih-tumbuk halus
1cm halia-tumbuk halus
2 Helai Daun Pandan
Daun kari
1 biji cili merah dibelah dua
Garam secukup rasa
Ajinomoto
Gula secukup rasa


Cara:

Tumiskan rempah tumis,bersama daun kari dan cili yang telah dibelah, bila wangi masukkan bahan yang telah ditumbuk.

Kemudian bila wangi masukkan serbuk kari bersama semua serbuk rempah. Setalah pecah minyak, masukkan sos tiram dan sos ikan. Kemudian masukkan udang dan daun pandan.

Biarkan seketika hingga bau daun pandan keluar. Tambah garam, gula dan ajinomoto mengikut selera anda. Angkat kuali setelah ia mula memekat.

Tambahan:

Jangan memasak udang terlalu lama untuk mengelakkan rasa kesegarannya dan daripada ia terlalu keras.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net