cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 18-Aug-2008 22:35 Email | Share | Bookmark
APAM KENTANG & SUMMER HOLIDAY PART 6

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hari Jumaat 18-07-08...hari nie rasa macam mabuk dan pening krn tak cukup tidur dan terasa letih....tp perjalanan balik mesti diteruskan jugak...oh ya. kita dah rasa tak sihat sikit dan mulut pun dah kene blister yg teruk...asal makan buka mulut, bibir mesti berdarah...nie lah akibat kurang minum air dan cuaca yg panas dan kering....

Hari nie kita gi jln2 dan ambil gmbr di sekitar Stockholm dan lunch di restoran India..tak de pilihan krn restoran Malaysia tak buka..balik Msia cuti nmpknya....

Selepas lunch, kita berangkat ke port..naik kapal cruise balik ke Helsinki pada pukul 5.00pm......Akan cerita pasal cruise kemudian ok.....





Resipi kali nie......













APAM KENTANG - resipi dr Mat Gebu Blog....terima kasih...


BAHAN - BAHANNYA :

200 g gula pasir
200 ml air kelapa
1 helai daun pandan, disimpul
200 g tepung beras
150 g kentang yang telah dikupas kulitnya
100 g tepung gandum*
1 camca teh instant yeast*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh garam*
1 camca teh pandan paste*
250 ml santan dari 1/2 biji kelapa
Kelapa parut putih*
Secubit garam*
1 helai daun pandan*(*disatukan dan kukus sebentar)

CARA MEMBUATNYA :

1. Kentang dipotong kecil dan kukus hingga lembut, lecek hingga lumat, ketepikan. Satukan gula pasir, air kelapa dan daun pandan, masak hingga gula larut, tapis dan sukat 300 ml, biar suam.
2. Dalam satu bekas, satukan kentang lecek dan tepung beras, gaul rata. Tuang air gula suam dan kacau hingga sebati. Biarkan bancuhan sejuk. Masukkan semua bahan2 yang bertanda (*) dan kacau hingga rata.
3. Tuang santan sedikit demi sedikit dan terus mengacau hingga sebati. Rehatkan adunan 40 - 50 minit.
4. Panaskan kukusan, sapu sedikit minyak pada acuan apam, dan panaskan 2 minit dalam kukusan. Tuang 3/4 penuh pada setiap acuan dan kukus dengan api besar selama 30 minit. Biarkan sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan dan hidangkan bersama kelapa, jika suka...

nota: kita rebus je ubi kentang tu,tapis dan lecek sampai lumat....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net