cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 7-Aug-2008 10:32 Email | Share | Bookmark
UDANG MENTEGA BERPERISA & SUMMER HOLIDAY PART 4

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hari Selasa 15-07-08, tak de xtvt apa-apa hari nie cuma suami kene ke cyber cafe utk buat keje dia sikit dan tgh hari pulak ada 'urusan kerajaan'....

Pada hari Rabu 16-07-08, pagi2 dah siap nak berangkat balik. Selepas sarapan pagi dan siapkan semua brg,dgn bekalan yg disediakan oleh Dayang..kita pun mula bersalam dan ucapkan terima kasih atas layanan Dayang sekeluarga sepanjang kita di London.Memang best kat sini, dgn hidangan makanan...sedappp.... Hanya Allah swt hanya akan membalas budi mereka dan tak lupa kepada Kak Ani walaupun sibuk dgn kerja tapi masih mampu melayan kita anak beranak. Jangan lupa buat kunjungan balas sekiranya kita masih lagi di sini....

Pukul 7.00 pg, kita mulakan perjalanan ke Dover, kene kejar ferry pukul 10.00pg. Perjalanan dr London ke Dover 142km dan mengambil masa yg pjg jugak krn traffic jam sepjg jln. Kita sampai di Dover kurang 15 minit dr 10.00pg. Terus check in masuk ferry.
Alhamdulillah....sepjg perjalanan tadi,berdebar-debar jugak takut tertinggal ferry..

Perjalanan dr Dover ke Dunkerque dgn Norfolkline Ferry mengambil masa 1 jam 45 minit. So apa lagi mama terasa penat sgt, bawak anak2 ke ruang tv dan mama pun terlelap kat atas sofa....kepenatan....alahai padahal tak driving pun....

Sampai di Dunkerque,France pada pukul 12 pm lebih kurang dan kita plan teruskan perjalanan ke Brugge,Belgium..singgah makan lunch kat sana..Dunkerque ke Brugge tak jauh...76km ...Kita sampai di Brugge pada pukul 1pm dan singgah lunch di tepi jln tepi sungai..cantikkk....tak de gmbr krn sibuk makan.....


Pas tu teruskan perjalanan dari Brugge ke Hamburg, Germany 658km , kita singgah di bbp stesen minyak dan papa pun kene berehat sikit, minum kopi dan teruskan perjalanan lagi..Mama nak tolong drive jugak tp kene ketawa je..Papa kata dgn anak-anak.."If mama drive , tahun depan baru kita sampai ke rumah"....hishhhh...ada ke?

Kita sampai ke Hamburg,Germany pada pukul 12 tgh malam, anak2 dah tidur lena dlm kereta..kasihan pulak...bila terkejut je dan check in hotel, anak-anak mengadu kelaparan..alahai kasihan...so papa pun gi cari restoran dan bawak makanan balik ke hotel dan kita makan-makan dan selepas tu.....apa lagi...tidurrrrrrrrrrrrrrrrr......rehat sebelum kita teruskan perjalanan lagi....












Orait....simple resipi...layan...











UDANG MENTEGA BERPERISA
Sumber : Buku Masakan Popular Malaysia

Bahan:

600gm udang besar
minyak utk menggoreng
3 camb susu segar
3 biji telur ( ambil kuningnya sahaja)
2 camb majerin /mentega
1 camb bawang putih yg dicincang
6 biji cili padi (dititik)
sedikit daun kari

Bahan perap:

1 biji telur ( ambil kuningnya shj)
1 camb tepung beras


Cara:

1. Cuci dan tuskan udang.Potong sesungutnya ttp jgn buang kulitnya. Kemudian belah bahagian belakangnya secar memanjang serta buangkan uratnya. Lap dan keringkan dgn kertas dapur atau tuala.

2. Campurkan kedua-dua jenis bahan perap dan kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan udang dan gaul hingga rata. Biarkan utk kira-kira 15-20 minit.

3. Pijarkan minyak, goreng udang hingga keperang-perangan. Angkat dan tuskan.

4. Masukkan susu segar dan kuning telur ke dalam mangkuk, kacau rata.

5. Cairkan mentega dalam kuali panas. Tuangkan susu segar serta kuning telur ke dalamnya dengan perlahan-lahan. Goreng atas api keil sambil dikacau-kacau supaya campuran telur itu menjadi butiran halus.

6. Masukkan udang,bawang putih,cili padi dan daun kari. Tumiskan atas api besar sehingga rata panasnya.

7. Angkat dan hidangkan panas-panas.








Dapat gift nie dari AlongRoz dan Kak Lin......







TO ALONGROZ & KAK LIN





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net