Want your
own Fotopage?






 
cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 29-Jul-2008 21:50 Email | Share | Bookmark
CUCUR UDANG & SOS CILI CHEF WAN / SUMMER HOLIDAY PART 2

 
 
 
 
 
 
 
 
 
Kali nie kita sambung lagi pasal cuti....Pada pagi sabtu 12-07-08, kita semua bangun awal tapi tak leh bergerak ke mana-mana lagi krn counter kat airport nak claim pram yg hilang semlm buka pada pukul 9.00 pg. Selepas sarapan pagi kita pun bergerak ke airport semula dan tunggu papa ke counter claim brg hilang. Dalam masa 15 minit, papa serong pram si era tu..alhamdulillah......
Kita pun naik bas express ke rumah Kak Ani. Pada tgh hari baru sampai di rumah Kak Ani dan Kak Ani dah siap makanan....Terima kasih byk2 Kak Ani...selera sungguh makan, pas ada keropok lagi tu...pada petang pulak kita pun bergerak ke Bicester Village...
Ke Bicester Village pun ambil masa jugak...Bicester Village adalah tempat shopping tapi semuanya kedai branded tapi hgnya kira murahlah dari hg kat kedai di London. Kita tak de beli apa2 pun, cuci mata je..nmpknya tak de yg menambat hati setakat nie...oleh kerana dah sampai di sana , papa dan zahir beli kasut utk diri masing-masing.

So layan video kat bawah.......














Resipi kali nie.....










CUCUR UDANG

Bahan-bahan:

500 gram tepung gandum
udang -potong kecik2
daun kuchai
1 biji telur
1 sudu teh soda bikarbonat
bawang besar (potong halus)
garam secukup rasa
sedikit kunyit
air secukupnya
minyak utk menggoreng


Cara:

1. Masukkan semua bahan di atas ke dalam satu mangkuk besar.Tambahkan air hingga adunan menjadi boleh dijemput.Jangan terlalu pekat atau terlalu cair.

2. Panaskan minyak. Sudukan atau jemputkan adunan ke dalam minyak yang betul-betul panas.Goreng hingga kekuningan.Angkat dan hidang dalam pinggan.







SOS CILI CHEF WAN

Bahan-bahan:

8 batang chili merah dimesin halus
2 ulas bawang putih ditumbuk halus
1 cawan gula halus
¼ cawan air
¼ cawan cuka
4 camca besar sos napla
4 camca besar kacang tumbuk

CARA:

1. Didalam periuk masak bahan-bahan A sampai pekat umpama sirap gula. Sebelum dihidangkan ditabur kacang tumbuk .
2. Sos cili dimakan dgn cucur udang....yummy.....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net