cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 24-Jun-2008 11:50 Email | Share | Bookmark
KEK MENTEGA PANDAN KELAPA

 
 
 
 
 
 
Last week ada kawan order Kuih Lapis dan Kuih Serimuka dr kita dan bila dia hantar loyang balik , kita bersama-sama buat Kek Mentega Pandan Kelapa. Kali nie kita cuba resipi yg Maklang bagi hari tu.

Kepada kawan yg order kuih tu , ( u know who u are) terima kasih krn percaya dgn saya dan harap kuih-kuih tu sedappp.....












KEK MENTEGA PANDAN KELAPA
Sumber : http://resipinoraini.blogspot.com

Bahan-bahan :
270 gm mentega
230 gm gula kastor
5 biji telur B
60 ml santan segar @kotak
1 sudu besar pes pandan
240 gm tepung kek@ tepung gandum
30 gm kelapa kering
1/2 sudu teh serbuk penaik

Bahagian atas (topping):
40 gm mentega
35 gm gula aising
55 gm kelapa kering

Cara Membuatnya :

1. Putar mentega dan gula hingga gebu dan putih selama 10 minit.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul hingga sebati.
3. Masukkan santan dan pes pandan sedikit-sedikit hingga sebati dalam adunan.
4. Tepung diayak bersama serbuk penaik dan masukkan sedikit sedikit ke dalam adunan diatas.Diikuti dengan kelapa dan gaul sebati.
5. Griskan tin pembakar empat segi atau bulat berukuran 9 inci dan lapik kertas serap minyak.
6. Tuangkan adunan kek kedalamnya.
7. Untuk membuat toppingnya, pukul mentega dan gula hingga sebati lalu dimasukkan kelapa dan gaul lagi.Taburkan topping diatas adunan mentah tadi.
8. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan ke suhu 180 darjah celcius selama 45 minit.



DAN JUGAK MEE GORENG.......












TO MAKLANG & CHEF NORAINI...




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net