Want your
own Fotopage?
























 
cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 3-May-2008 09:46 Email | Share | Bookmark
NASI UDANG NENAS,TELUR GULAI KARI & AYAM TANDORI

 
 
 
 
 
 








NASI UDANG NENAS KAK YONG - resipi dr Hajar fp

Bahan:

1 labu bawang besar - potong dadu
3 ulas bawang putih - potong dadu
3 cawan beras
1 peket perencah adabi tomyam (kiub pun boley-tapi kena cairkan dulu) - kita guna perencah asam laksa
1 batang serai - dititik
1 1/2cawan udang kertas - buang kulit
1 1/2 cawan nenas potong dadu (nenas dalam tin)
2 sudu besar marjerin (or butter or minyak biasa) - untuk menumis
4 biji cili merah hiris - kita guna capsicum/pepper
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam (ikut rasa)

Cara:

1. Basuh beras dan toskan
2. Tumis bawang till naik bau
3. Masukkan perencah tomyam n serai, kacau rata till naik bau
4. Masuk nenas, garam, kunyit kacau kejap 1-2 mins
5. Masukkan air...tutup periuk,biarkan air mendidih
6. Bila dah mendidih masukkan beras, tutup periuk
7. Bila air nasi dah agak kering, masukkan udang n cili merah then tutup periuk, kecilkan api. Bila nasi dah masak, tutup api.
***Hidangkan dengan bawang goreng n daun sup.***

~Selepas langkah 5, kita cuma masuk dlm periuk nasi letrik, senang keje






TELUR GULAI KARI -resipi dr Kak Liza originally Kurma Telur ,kita tukar jadi gulai kari krn kat rumah kita jarang masak kurma.....


BAHAN:

6 biji telur rebus [buangkan kulit]
3 s/b rempah kurma - kita tukar rempah kari
2 mangkuk santan atau 1 cawan yogurt asli
2 biji kentang [potong kecil]
3 biji cili hijau
2 biji tomato buah [belah 4]
2 labu bawang besar [belah 4]
minyak
garam

Bahan tumbuk:

10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara:

1. Bancuhkan rempah kurma dengan bahan tumbuk. Panaskan minyak.
2. Tumis rempah sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan santan atau yogurt, kentang dan telur. Biarkan mendideh.
5. Bila mendideh masukkan garam dan semua bahan lain dan biarkan sehingga
mendideh dan pekat.
6. Angkat dan hidangkan dengan nasi.


KEPADA KAK LIZA DAN HAJAR....










Quote:
Risalah ini bagus untuk anda semua....... .....
Tanda tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda:


1. MATA

Bertindak balas dengan keadaan hati.
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi.Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin
sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid
berlebihan.
iv) Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan
hati atau bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak .
Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG

Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selesema: Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong.Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung sumbat: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
iii) Bersin
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK

a. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang
berlebihan.Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin
di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang
banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG

i) Kerongkong kering . Proses membuang toksin sedang berlaku
di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong . Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5.BIBIR

Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman.
i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem
penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi.
Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH

Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit: Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser)
Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7.TELINGA

Berkaitan dengan buah pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.


8.KULIT

Berpeluh :
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
2. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin
yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
3. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
4. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.


9.RAMBUT GUGUR

Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.


10. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a) SAKIT SENDI
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN
Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN .
Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana , ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI .
Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI .
Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh
kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI .
Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI.
Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI .
Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

11. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk) . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA
Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.


12. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH

1. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
2. MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut;misalnya penyakit ulser.
3. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK .
Tanda sakit jantung.
4. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

13. KENCING

a) KERAP KENCING
Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit
batu karang atau buah pinggang luka.

14. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/ keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

15. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN :
Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

16. RASA TAKUT MENGEJUT
Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

17. CEPAT NAIK DARAH/MARAH
Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

18. RASA BIMBANG DAN TAKUT
Sistem paru-paru yang lemah.

19. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.

20. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL

Sistem penghadaman yang lemah.

nasi udang nenas? hmm tak pernah tau dan try lagi nih.
thanks for sharing
Sat 3-May-2008 16:17
Posted by:fazizaid  - [Link]
salam...bestnyer menu di hari minggu...
t/kasih berkonsi maklumat kesihatan...kita ni selalu kena sakit kepala...
Sun 4-May-2008 07:02
Posted by:hajar  - [Link]
re: lupa lak...biji selasih tu kita dpt dr kawan yg dah nak blk msia Sun 4-May-2008 07:04
Posted by:hajar  - [Link]
salam kak,dh buh link bru ckp sb nk cepat nih,nk setel sume Sun 4-May-2008 09:33
Posted by:ctnik  - [Link]
mana anak akak yg cute tuuuuu Sun 4-May-2008 12:51
Posted by:unnamed  - [Link]
>> nampak cantik dan clear shots ni...
>> makin membuat perut ku bergelora...
>> tahu apa yang paling tak tahan tengok...?
>> tu...udang tu...
Sun 4-May-2008 18:08
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
salam che de..wah..meriah menu kat sini..gambar2 pun nampak salam kenal yer Sun 4-May-2008 18:10
Posted by:Joayee
Salam akak..sedapnya menu akak ni..belum pernah cuba lagi nasi udang nenas ni..lain kali bolehlah cuba pula ni..
akak..farah dah 2 kali cuba buat nasi pilaf daging akak tu..memang sedap..terima kasih ye akak sudi berkongsi recipe..jom tengok kat fp farah ni..
Sun 4-May-2008 20:44
Posted by:Farah Shrewsbury farhana_81@hotmail.co.uk  - [Link]
Sedap nya lauk dan nasi goreng tuuu, Mama suka nasi goreng lelagi taruk bebanyak udang..pasti laris kat
rumah cnie!!
Mon 5-May-2008 00:43
Posted by:mamaella  - [Link]
Close up gambar udang tu yang paling tak tahan sekali! Mon 5-May-2008 03:02
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
terus berkeroncong perut bila tengok nasi udang nenas ni... Hanis cukup suka apa² jenis masakan yang diletakkan nenas...kalau nenas yang dimakan begitu saja tanpa masak kurang laju skit... Mon 5-May-2008 05:11
Posted by:Haniss  - [Link]
Tergoda tengok nasi udang nenas tu tambah2 udang yg berposing tu, sib baik dah lunch.
First time dengar ni leh try nanti.
Mon 5-May-2008 06:07
Posted by:intan isms72@yahoo.co.uk  - [Link]
trus rasa lapo lg w/pun br lunch...glupppp... Mon 5-May-2008 08:28
Posted by:jasmeen  - [Link]
sedap2 sumer lauk-pauk nih...kena pulak dgn nasi udang nenas tu..... Mon 5-May-2008 08:40
Posted by:wanzee  - [Link]
nasi udang nenas ..ni fist time inaa tgk..menarik dan boleh dicuba nih...
and info kat bwh tuh sgt berguna...tengkiu
Mon 5-May-2008 13:37
Posted by:inaa  - [Link]
resepi ayam tandoori takde ye ? nasi udang tu memang mengancam .. Mon 5-May-2008 15:07
Posted by:Min  - [Link]
wah sedapnyeee Mon 5-May-2008 19:30
Posted by:azura asri  - [Link]
cedapnya che da r jin che da masak menu2 cubaan ni. yang pasti mesti sedap kan Mon 5-May-2008 23:48
Posted by:dOd  - [Link]
sedapnya nasi udang nenas tu... terliuq cheq... kat rumah cheq, hubby tak makan udang, allergic... so jarang beli udang.. kalau nak makan kat kedai je... Tue 6-May-2008 02:10
Posted by:chepah chepah75@yahoo.com  - [Link]
Cik Sam. Swicth On your Skype. Ne Skype lamak gilak dah tido. Tue 6-May-2008 07:33
Posted by:Nani @ Hairani babycute_79@yahoo.com
Salam kenal chedasam...oii sedapnya nasi udang nenas ni..igt nk try le nanti..ari tu tgk rumah mamasya pun ada buat...talam ubi pun sedap nampak.. Tue 6-May-2008 08:18
Posted by:ummi ummizaihadi@yahoo.com.my  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.