Want your
own Fotopage?
























 
cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 23-Apr-2008 22:30 Email | Share | Bookmark
NASI PILAF DAGING,DAGING GULAI KAWAH & ACAR TIMUN

 
 
 
 
 
 















NASI PILAF DAGING

Bahan-bahan:

55gm mentega
3 ulas bawang merah - dicincang halus
3 ulas bawang putih - dicincang halus
1 cm halia - dicincang halus
1 cm kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 sudu besar serbuk kari daging
300 gm daging lembu, dihiris halus-halus
3 sudu besar kismis hitam
3 biji tomato, dibuang biji dan di potong dadu
garam
2 cawan beras basmati- cuci dan toskan
250ml santan
250ml air rebusan ayam
2 sudu besar hirisan daun ketumbar

Cara:

1. Panaskan mentega di dlm periuk ,tumiskan bawang merah,bawang putih,halia,kulit kayu manis dan bunga cengkih sehingga keperangandan naik baunya.
2. Masukkan serbuk kari daging, kacau da tambah daging dan kismis hitam.
3. Masukkan tomato dan perasakan garam.
4. Masukkan beras dan kacau rata-rata sebelum ditambah santan dan air rebusan ayam.
5. Masukkan daun ketumbar dan masak sehingga cecair terserap. Kecilkan api, tutup periuk dan tanak nasi selama 7 minit lagi.











DAGING GULAI KAWAH - resipi dari Kak Liza...Terima kasih Kak Liza....

Bahan:

500gm daging lembu
2 s/b kerisik
2 cawan santan pekat
2 s/b gula merah/perang [brown sugar]
2 keping asam keping
minyak
garam

Bahan Mesin:

20 tangkai cili kering - kita pakai serbuk cili Babas
1 s/b rempah kari daging
2 s/b rempah mentah gulai cap ROSE - kita pakai rempah gulai biasa je
1 s/b rempah masak gulai cap ROSE - tak bubuh krn tak de
7 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas

Bahan tumis:

2 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

Cara:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan bahan mesin dan masakkan sampai wangi dan naik minyak.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan sikit air dan kacau rata lagi.
4. Bila nampak naik minyak masukkan santan, kerisek, garam dan gula merah. Biarkan reneh sampai mendideh. kacau sekali sekala.
6. Bila mendidih masukkan asam keping dan biarkan sampai pekat.
7. Bila dah pekat, boleh hidangkan.






ACAR TIMUN

Bahan:

1 batang timun
1 batang carrot
1/2 bawang besar-hiris nipis
1 ulas bawang putih - hiris nipis
sedikit halia - hiris nipis
2 cili merah-buang biji
cuka secukupnya
garam n gula

Cara:

Timun,cili merah dan carrot di potong panjang-panjang.Bahan-bahan potong dicampur sekali dan di gaul sebati dgn cuka,gula dan garam. Simpan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.


salam...bestnyer menu, gulai kawah tu nampak best betul Wed 23-Apr-2008 19:51
Posted by:hajar  - [Link]
Salam akak..sedapnya menu akak ni..actually farah dah try buat akaknya recipe nasi pilaf daging tu..memang sedap tapi farah makan ngan ayam masak merah dan juga acar timun n nenas...thanks ye akak kerana sudi berkongsi recipe... Wed 23-Apr-2008 21:29
Posted by:Farah Shrewsbury farhana_81@hotmail.co.uk  - [Link]
akak ni memang expert masak la... semua menyelerakan Wed 23-Apr-2008 23:05
Posted by:Niza et Sofia, London  - [Link]
makk aii..tangkap lelehnyer menu..lapor ar..lapor ar.... Wed 23-Apr-2008 23:31
Posted by:afairuz  - [Link]
huh, sebijik mcm pie kenduri..mentang lama tk mkan kenduri kawin kt sini..
nasi kawah tu tahan tengok..nak2 yg sarikan..orng kata mesra gitu.
Thu 24-Apr-2008 00:00
Posted by:soulha,cairo  - [Link]
Sedapnya hidangan cek de masak....gulai kawah tu lepas byk kali dipanaskan lagi sedap dimakan... Thu 24-Apr-2008 00:47
Posted by:mamasya mamasya22@yahoo.com  - [Link]
Salam kak...sedapnya menu akak...lapar pulak dibuatnya...oishiii Thu 24-Apr-2008 01:05
Posted by:sahar+zabar=wani&mimi  - [Link]
menyesal pulak datang sini... kan dah terasa nak makan (bukan nak buat hehe) nasi pilaf! there goes my diet! Thu 24-Apr-2008 01:49
Posted by:Lee Lin  - [Link]
terajat pulak nak makan daging gulai kawah...sedap nampak weii!!! Thu 24-Apr-2008 02:38
Posted by:roylazim  - [Link]
Masuk jee fp ini terus meleleh air liur .....tengok nasi pilaf dan daging kawah tuu..nampak begitu sedapp sekali..kalau dekat boleh ngedeng cikit hehe.. Thu 24-Apr-2008 09:35
Posted by:masriyah  - [Link]
aduhhh..terliuq nengok nasi pilaf nih...i ada lg stok daging korban thn lepas nih...bgs gak klu wat nasi nih..tp bilo nak wat yerrr?? Thu 24-Apr-2008 13:14
Posted by:jasmeen  - [Link]
cekdesam... TQ ya bagi kita bunga kantan tu... dah amik dah pun.. kita pun nak bagi keropok lekor sket utk cekdesam sekeluarga.. sudi2 la dtg makan ya.. nak takeaway pun dakpe.. Thu 24-Apr-2008 14:31
Posted by:ummirafeeq  - [Link]
akak, kalau kat kelantan.... gulai kawah letak budu sikit... Fri 25-Apr-2008 05:25
Posted by:Yatie anorhayati@gmail.com
Emm sedapnya nasi pilaf n the geng tu.. Mon 28-Apr-2008 03:12
Posted by:intan isms72@yahoo.co.uk  - [Link]
auntie tak pernah cuba lagi buat nasi pilaf ni
kena cuba soon teima kasih kerana berkongsi resepi
sedap nya gulai kawah tu terus jadi lapar
Tue 29-Apr-2008 09:13
Posted by:umi-kal  - [Link]
kat sg takder rempah gulai cekdesam ada rempah alternative selainn rempah gulai cekdesam Sun 26-Apr-2009 01:32
Posted by:putrimlm  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.