Want your
own Fotopage?
























 
cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 14-Apr-2008 12:53 Email | Share | Bookmark
MEE SUP MAT GEBU & DONUT ALEX GOH

 
 
 
 








MEE SUP MAT GEBU

Bahan Utama:-

1 ekor ayam kampung jenis "dara"- kita gantikan dgn daging...ayam "dara" tak jumpa cari kat sini...sini ayam semuanya frozen....
4 biji kentang, dikupas, belah 4 dan rendam
1 batang lobak merah, dikupas dan potong baji
2 camca besar rempah sup "Adabi"*
1 1/2 camca besar rempah kurma "Adabi"*
1/2 cawan air*(*disatukan dan bancuh)
2 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
Garam dan serbuk perasa (jika suka)

Bahan Dikisar:-

6 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
2 inci halis
1 inci kunyit hidup
3 biji buah keras
1 camca teh lada hitam biji

Bahan Tumis:-

1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Bahan Lada Kicap:-

8-10 cili padi
2 ulas bawang putih
1/2 cawan kicap manis

Bahan Lain:-

1 bungkus mee laksa, rendam dan celur hingga lembut - kita pakai spaghetti je
Taugeh, dicelur
Tauhu, digoreng dan potong
Kacang tanah, goreng
Hirisan daun sup/bawang
Bawang goreng

Cara membuatnya:-

1. UNTUK SUP:- Ayam dipotong sederhana besar, perap dengan limau dan garam 15 minit, cuci dan toskan. Lumur dengan sedikit kunyit serbuk dan garam. Ketepikan. - kita skip langkah nie krn kita gunakan ayam....
2. Dalam periuk, tuang 1/2 cawan minyak, tumis bahan tumis hingga wangi, masukkan bahan2 kisar, bancuhan rempah serai dan lengkuas. Kacau goreng hingga terbit minyak. Masukkan ayam tadi dan gaul hingga rata dengan rempah.
3. Tuang 2500ml air dan masak hingga ayam 3/4 lembut menggunakan api sederhana. Kemudian masukkan kentang dan lobak merah. Masak hingga kentang dan lobak empuk. Perasakan dgn garam dan serbuk perasa (jika suka). Biar mendidih lagi 5 minit. Angkat dan boleh dihidangkan. Jika kuah kurang, boleh tambah air.

4. UNTUK LADA KICAP:- Tumbuk cili padi dan bawang putih hingga lumat. Tuang kicap dan gaul rata. Hidangkan bersama mee sup.

5. PENYEDIAAN MEE SUP:- Dalam mangkuk, masukkan mee dan taugeh, tuang kuah bersama ketulan daging ayam, kemudian hias dengan potongan tauhu, kacang tanah, taburkan hirisan daun sup/bawang dan bawang goreng. Hidangkan bersama2 lada kicap.











DONUT ALEX GOH

Bahan

280ml air
300 g tepung roti (high protein flour)
200 g tepung gandum (plain flour)
10 g garam
60 g gula halus
20 g susu tepung
1/2 camca besar baking powder
3 1/2 camca teh instant yeast
2 kuning telur
50 g lemak sayur (shortening)

Bahan Hiasan:-

Gula halus
Coklat cair
Gula hiasan
Lemon curd/Cream custard

Cara membuatnya:-

1. Satukan kesemua bahan kecuali air dan lemak sayur. Adun hingga rata dan tuang air, gaul hingga menjadi doh lembut. Masukkan lemak sayur sambil terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, kenyal dan tidak melekat di mangkuk adunan. Bulat2kan doh, masukkan dalam satu bekas dan biar 1 jam (hingga naik 1 x ganda).

KAEDAH LAIN:- Masukkan bahan2 diatas mengikut urutan ke dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan. Tunggu hingga siap.

2. Keluarkan doh tadi dan uli sekejap, rehatkan 5 minit. Bagi doh kepada 2 bahagian. Canai satu bahagian setebal 1/2 cm. Terap dengan penerap donat dan alihkan ke dulang yg telah ditabur sedikit tepung. Buat hingga siap. Rehatkan 30 minit hingga naik lagi.
3. Goreng donat dalam minyak sederhana panas, jangan goreng terlalu banyak, cukup sekadar4 - 5 biji saja, untuk mengelakkan suhu minyak jatuh mendadak. Bila kuning keemasan pada kedua2 permukaan, boleh angkat dan toskan atas paper towel.
4. Donat yang siap digoreng boleh disalut dengan gula halus, dituang coklat, dibelah dan masukkan cream custard/lemon curd atau mangikut kreativiti masing2...Kita salut dgn gula je....


Both recipes from Mat Gebu's Blog....To Mat Gebu......



bestnya menu che de ..donut bubuh inti sausage kreative sekali ...nanti nak juga cuba.. Mon 14-Apr-2008 10:26
Posted by:masriyah  - [Link]
Tekak ni memang nak makan donut dah lama dah....Hati pun kata nak buat donut... resipi dah ditampal depan fridge dari hari tuuuu lagi....buatnya je yang lom lagi! Tak pe lah, jamu mata kat page Cek De Sam je la..... Mon 14-Apr-2008 13:52
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
>> nampak menyelerakan juga ni... Mon 14-Apr-2008 18:09
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Lama dah tak hirup mee sup ni. Kita buat jugak donut, tapi belum tepek kat Fp. Tapi donut cek de masukkan sosej tu, pertama kali tengok. Good idea, boleh la tiru ni. Mon 14-Apr-2008 23:59
Posted by:kak jie jie  - [Link]
rajin sggh che de sam masak......sup mat gebu tuh mengancam arrr....boleh cuba donut inti sosej tu.... Tue 15-Apr-2008 00:15
Posted by:WanZee  - [Link]
sihatnyer donut tuh.. Tue 15-Apr-2008 02:21
Posted by:tariqzaidanirah  - [Link]
semekom kak ct, wahwah2 sedap dan menyelerakan jak kitak pun mee sup. Kelak kamek cuba k.
Donut pun sama..siap ada sosej lagik dalam nya....
Tue 15-Apr-2008 05:47
Posted by:Sabrina Jeddah rinayuss@gmail.com
sedapnya nampak mee sup...telan air liur effa.... Tue 15-Apr-2008 09:58
Posted by:effa-ibu 2Erina- effara@digi.com.my  - [Link]
Lama gak Zai tak mai singgah cini...maklum ler busy kit kebelakangan nie....apapun sok jgn lupa entry terbaru Zai"BUAH NAM-NAM"Pernah tgk dan mkn ka???kalau tak pernah tgk jom layan sok.... Tue 15-Apr-2008 15:29
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
Cek de..lamanya kak ana tak bertandang ke sini...bestnya tgk donut tu...nanti nak try yg ada sosej tu... Tue 15-Apr-2008 17:13
Posted by:Ana  - [Link]
Salam akak..best la semua recipe akak ni..menyelerakan akak..mee tu memang nama mee sup mat gebu ke kak.. wah best donut akak ni siap ada sausage lagi didalamnya.. Tue 15-Apr-2008 19:47
Posted by:Farah Shrewsbury farhana_81@hotmail.co.uk  - [Link]
salam mamaera,

jgn lupa pegi umh kita ambik tugasan garden
Tue 15-Apr-2008 19:59
Posted by:ctnik  - [Link]
perghhh..sup ayam dara (CMG siap check ayam tu dara lg ke x ) donatmu gebu betulllll... Wed 16-Apr-2008 03:22
Posted by:jasmeen  - [Link]
salam perkenalan kak CDS,aduss nampak je mee sup nie terus lapar...kompom sedap. mesti nak try out tis wknd luv ur resepi. Wed 16-Apr-2008 04:42
Posted by:mizzybratzy mizzybratzy@hotmail.com  - [Link]
sedapnya donut tu Wed 16-Apr-2008 07:14
Posted by:Lee Lin  - [Link]
Salam perkenalan Cek De. Seronok betoi saya jalan2 kat rumah ni. Ralit dibuatnya. Tengok mi sup tu lapar lak rasa perut ni. Tambah lak tgh ujan ni. Simple resepi & sedapnye... Wed 16-Apr-2008 09:48
Posted by:intan isms72@yahoo.co.uk
CDS.... sedapnya nampak soup tuh Thu 17-Apr-2008 00:16
Posted by:fazizaid  - [Link]
CDS.... sedapnya nampak soup tuh Thu 17-Apr-2008 00:16
Posted by:fazizaid  - [Link]
semekom kak, sonyap jo. x sihat ko? Thu 17-Apr-2008 13:21
Posted by:suzi
EMM SEDAP DAN TERIUQ DIBUATNYE Thu 17-Apr-2008 14:20
Posted by:azura asri  - [Link]
uih.. gebunya donut tu... penat buat tapi tak berapa gebus.. teknik tak betul agaknya.. Fri 18-Apr-2008 02:59
Posted by:kamalina  - [Link]
Salam Ct
Mee Sup Pak Cik Mat Ni Tentu Sedap Kan.....Nampak Pun Berselera Lagi Kalau Makan Dengan Sambal Kicap.......Tentu Tak Nampak Telinga Ahakzz
Fri 18-Apr-2008 15:06
Posted by:KakLeen  - [Link]
Salam Ct
Mee Sup Pak Cik Mat Ni Tentu Sedap Kan.....Nampak Pun Berselera Lagi Kalau Makan Dengan Sambal Kicap.......Tentu Tak Nampak Telinga Ahakzz
Fri 18-Apr-2008 15:09
Posted by:KakLeen  - [Link]
salam...bestnya donat tu...bila pulak kita nak buat donat, suka kalau letak inti kastard Fri 18-Apr-2008 18:04
Posted by:hajar  - [Link]
Sadapnye pie ni...lapor rasa perut. Mon 21-Apr-2008 10:01
Posted by:intan isms72@yahoo.co.uk  - [Link]
kalau guna tpg gandum sahaja tak boleh kee....... Fri 1-May-2009 19:23
Posted by:LILI lilikassim@yahoo.co.my


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.