cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 10-Mar-2008 00:00 Email | Share | Bookmark
KEK MARBLE MOCHA

 
 
 









KEK MARBLE MOCHA-resipi kita copy dari Kak Rinn Fp tp kek marble Kak Rinn lagi cantik......

Sumber: Kak Liza
Bahan-bahan :

Bahan A:

250 gm butter, Rinn guna marjerin
210 gm gula kastor
5 biji telur ayam
50 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla

Bahan B : (Ayak bersama)

240 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder

1 camca teh mocha paste
1 camca teh nescafe

Cara-cara :

1. Pukul majerin dan gula hingga betul-betul kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan diikuti dengan esen vanilla.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu.
4. Teruskan memukul adunan dengan perlahan untuk seketika sehingga benar-benar sebati.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian yang dimasukkan ke dalam bekas berasingan.
6. Satu bahagian ditambah dengan mocha paste dan nescafe. Satu bahagian lagi biarkan warna asal.
7. Alas loyang dengan grease proof paper dan sapu sedikit marjerin di sekeliling dinding dalam loyang.
8. Sudukan adunan selapis demi selapis hingga habis.
9. Bakar adunan selama 45 - 50 minit dengan suhu 175 darj cel.


Nota dari Maklang : maklang buat coffee emulco+nescafe+choc.emulco supaya kek nampak hitam sedikit...campuran coffee emulco + nescafe masih belum menampakkan kelainan warna dengan adunan asal jadi mklang terpaksa letak sedikit choc.emulco.




TO KAK RINN, KAK LIZA DAN MAK LANG












View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net