Want your
own Fotopage?
























 
cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 7-Mar-2008 00:00 Email | Share | Bookmark
NASI BERIANI DAGING/ACAR RAMPAI & KUIH KERIA

kuih keria
nasi beriani daging
acar rampai








ACAR RAMPAI
Sumber : Kak Rinn, thanks....

Bahan-bahan:

1 biji timun, dipotong memanjang
1 batang lobak merah, dipotong memanjang
1 biji cili merah, dipotong memanjang
1 biji cili hijau, dipotong memanjang
2 labu bawang besar, dibelah 4
4 ulas bawang putih, dibelah dua
1 inci halia, dimayang memanjang
2 camca serbuk kunyit
3 sudu cuka makan
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar bijan

Cara-cara:

1. Panaskan sedikit minyak di kuali dan tumiskan semua bawang dan halia.
Masukkan cili merah dan cili hijau.
2. Masukkan lobak merah dan timun. Kacau sekadar rata. Masukkan cuka, serbuk kunyit,garam dan gula. Jangan kacau dan masak terlalu lama sehingga timun dan lobak terlalu layu.
3. Taburkan bijan, kacau seketika dan terus angkat.


Telah mencuba beberapa kali buat kuih keria tp tak berjaya buat mcm bentuk donut tu...so kita bulat2kan je dan tabur dgn gula biasa je....buat yg senang je...
Tapi di bawah nie kita letak resipi dari Mat Gebu....thanks Bro....







KUIH KERIA MAT GEBU

Bahan-bahan:

600 g keledek
1 camca teh garam
1 cawan tepung gandum + sedikit lagi tepung
1 camca teh baking powder
80 g gula pasir
1/4 cawan air

Cara membuatnya :

1. Kupas keledek, potong kecil2 dan rebus dengan 1 camca teh garam hingga keledek empuk. Toskan dan lenyek hingga lumat. Masukkan 1 cawan tepung gandum dan baking powder, gaul rata hingga menjadi doh yang lembut.
2. Jika terlalu lembut, tambah 1 - 2 camca besar tepung. Sapu tapak tangan dengan sedikit tepung. Ambil doh tadi (lebih kurang 35 g), bulat2 dan leperkan, cucuk bahagian tengahnya untuk membuat lubang. Kemaskan dan alih ke dalam loyang. Buat hingga siap.
3. Panaskan minyak untuk goreng terendam, goreng dengan api sederhana kuih keria hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan, buat hingga siap.
4. Alih minyak ke dalam bekas, dan dengan kuali yang sama, masukkan gula pasir dan 1/4 cawan air, masak hingga gula pekat, masukkan kuih keria tadi dan gaul rata2 hingga menyaluti kesemua kuih keria tadi.
5. Kemudian boleh diangkat, bila sejuk kuih keria tadi akan "bersakar" dengan gula seperti gambar diatas...selamat mencuba!!
6. CATATAN MAT GEBU :- Jumlah tepung bergantung pada jenis keledek, jika gunakan keledek kaler orange, perlu tambah tepung...



Quote:
dah lewat sesgt nie...sambung lagi esok....letih krn gi main salji dgn Ika & Era....

Salam dari Oslo boleh cuba resepi2 ni esp. kuih keria Thu 6-Mar-2008 23:15
Posted by:Anis  - [Link]
Rajin sungguh Cek De Sam ni memasak ye...macam-macam yang dimasaknya. Tapi tu la kan, kalau musim sejuk ni, masak apa pun semua sedap sebab perut selalu je lapar kan... Fri 7-Mar-2008 04:51
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
Kalau musim air pun boleh beku ni memang seronok masak memasak. Asyik berselera je.. Kena pulak baru lepas abis main salji tu.. hehehe.. lagiler lapar kan.. Fri 7-Mar-2008 07:46
Posted by:Sabrina  - [Link]
Banyak juadah yang Cek De Sam masak, auntie tertarik kepada kuih keria tu,
tentu sedap dan lembut, selalu auntie buat tak letak b/powder, lain kali kalau'
nak buat auntie cuba resepi Cek De ni, btw terima kasih kerana berkongsi resepi
dan idea2 untuk memasak
Fri 7-Mar-2008 08:27
Posted by:umi-kal  - [Link]
bestnya makanan tu.... Fri 7-Mar-2008 08:28
Posted by:ed  - [Link]
ct, yg u tanya aritu, dua2 coming soon. for detail tanya lina suva. Fri 7-Mar-2008 08:59
Posted by:suzi
Mama pun sama kalau buat kuih keria malas nak ikut cetaknya main bulat-bukatkan aje..Acar look nice.. Fri 7-Mar-2008 17:23
Posted by:mamaella  - [Link]
WAH PANDAINYA Fri 7-Mar-2008 17:42
Posted by:azura asri


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.