cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 26-Feb-2008 09:32 Email | Share | Bookmark
DAGING MASAK ASAM NANAS

 
 
 
 



Lama jugak tak update fp kerana tak berapa sihat..kena selsema..biasalah tu bila dah nak tukar musim nie, selepas seorg, seorg lagi yg kena..pas tu seluruh isi rumah kena flu, mesti round up punya....Lagipun internet line down sampai 3 hari berturut-turut...ishh....boringgggg.......if internet line ok , fp pulak yg meragam..

















DAGING MASAK ASAM NANAS

Bahan-bahan:

125ml cawan minyak
1 kg daging lembu, dipotong-potong
180ml air asam diperah drpd 2 sd besar asam jawa
1 batang serai, dititik
1 cm lengkuas, dititik
3 helai daun limau purut
Garam
Gula
1 tin nanas – sliced – if nak pakai nanas segar pun boleh iaitu ½ biji nanas

Bahan kisar:

2 biji bawang besar
2.5cm halia
2.5cm kunyit hidup
2 sd besar belacan
10-15 cili kering – terpulang kepada masing2 nak pedas boleh tambah lagi
1 sd besar ketumbar biji – digoreng tanpa minyak


Cara:

1.Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan kisar sehingga garing dan wangi.
2.Masukkan daging dan balik-balikkan sehingga rata.
3.Apabila daging kecut sedikit, tambah air asam,serai,lengkuas,daun limau purut, garam dan gula.
4. Masak sehingga daging empuk, kemudian masukkan nanas. Kacau rata-rata dan renihkan sehingga kuah pekat.



CUPCAKES FOR ERA.....RESIPI KEK BUTTER TP KITA TAMBAHKAN PERASA STRAWBERRY










NIE PULAK GAMBAR BABY IRIS (YANI'S BABY) BORN IN FINLAND ON 2ND JANUARY,2008...SHE'S SO CUTE...IKA SUKA SGT TGK BABY...
YANI...BOLEH COPY AND PASTE ON YOUR FP.......







View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net