cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 14-Feb-2008 11:30 Email | Share | Bookmark
AYAM MASAK KAMPUNG/BENDIR GORENG/DAGING GORENG

ayam masak kampung
daging goreng
bendir goreng
 
 
 
era dgn baby doll
konon nak tidur.....










AYAM MASAK KAMPUNG
Sumber: Buku Masakan Popular Malaysia


Bahan-bahan:

1 ekor ayam - dipotong 10
3 camB minyak
1 batang serai- dititik
800 ml santan cair
150 ml santan pekat
3 biji kentang-belah 4 - kita tak bubuh nie
1 keping asam gelugur
2 helai daun kunyit - kita letak 1 je krn sini tak de payah nak dpt daun kunyit
garam dan gula secukupnya

Bahan Kisar:

2 biji cili hijau
1 biji cili merah
8-10 biji cili padi - cili2 nie kita kurangkan krn budak2 tak makan pedas2..
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm kunyit hidup
1 batang serai

Cara:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga terbit minyak.
2. Masukkan ayam dan kacau selama 2-3 minit atau sampai air ayam agak kering.
3. Bubuh pula serai,santan cair,kentang,asam gelugur,garam dan gula.
4. Kacau sekali sekala hingga kentang hampir empuk.
5. Kemudian tuangkan santan pekat dan bubuh daun kunyit.
6. Biar menggelegak sekali lagi selepas itu angkat dan hidangkan.







BENDIR GORENG

Bahan:

kacang bendir
cili merah hiris
udang kering -rendam sekejap dan tumbuk
garam
minyak

bawang merah - hiris
bawang putih - hiris

Cara:

1. Bendir dibasuh dan potong serung.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bwg dan udang kering sehingga wangi.
3. Masukkan bendir dan cili merah, tambah sedikit air. Kacau rata dan tutup kuali.
4. Perasakan garam dan bila bendir dah agak lembut tutup api.
5. Angkat dan hidangkan










DAGING GORENG

Bahan-Bahan:

500gm daging (dipotong)
2 biji bawang besar (dihiris bulat)
2 ulas bawang putih(dimayang)
1 cm (dihiris nipis)
2 sudu serbuk kunyit
sedikit cili besar hijau atau merah(dihiris)-jika suka
sedikit minyak untuk menggoreng
sedikit garam dan gula

CARA:

1. Rebus daging dan kunyit sampai empuk.
2. Selepas itu masukkan minyak dan bawang serta halia.
3. Goreng sampai garing dan akhir sekali masukkan cili besar dan garam serta gula secukup rasa.













Quote:
JGN SILAP YA TGK BUNGA ROS TU...KITA TAK CELEBRATE VALENTINE DAY OK....

Ada cite sebalik bunga ros nie....

Minggu lepas, bila papa balik dari kerja....depan pintu tgk dia bawa bunga ros..dlm hati kita nie bertanya pulak ," kenapa pulak papa beli bunga nie???? ada apa2 tak hari nie,rasanya tak de apa2 pun....padahal selama nie mmg papa jarang sesgt belikan bunga utk kita. Kata kita tak minat bunga tu pelik jugak kan, tak pernah ada jawapan utk soalan tu sampai sekarang Kemungkinan besar selama nie bukan menjadi kebiasaan mcm tu kot dan lagipun kita bukan jenis yg dimanjakan dgn bunga2an.

Cerita sebenarnya ialah papa ada lunch date ..eh..salah..lunch appointment hari nie dgn org tempatan so dia bagi bunga tu utk papa...memang menjadi kebiasaan org disini bg bunga2 nie, tak kira perempuan ke lelaki yg bagi..... ros nie perempuan yg bagi...

Dia bawak balik rumah krn saja nak buat kita suspen nmpknya.....







View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net