cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 7-Feb-2008 09:40 Email | Share | Bookmark
IKAN MASAK ASAM MANIS/ SUP TAUHU

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Menu nie 100% ikut masakan Kak Rinn on chinese food . Kita mmg suka masakan cina nie, Easy and fast to prepare. Thanks Kak Rinn












IKAN MASAK MASAM MANIS SIMPLE - resipi dr Kak Rinn


Bahan-bahan :

Seekor ikan tenggiri sederhana besar, dipotong, dibersihkan dan digoreng.- kita guna ikan lain
1 biji bawang besar, dipotong kasar
2 biji bawang putih, diketuk
Capsicum, kalau ada merah, kuning & hijau lebih cantik gandingan warnanya
1 biji buah tomato, dibelah lapan
1/2 camca serbuk lada putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
Daun ketumbar
Sedikit garam

Cara-cara :

1. Tumiskan bawang besar & bawang putih.
2. Masukkan lada putih, tumiskan seketika.
3. Masukkan sos tiram dan sos cili. Kacau sebati. Masukkan sedikit air supaya tidak
terlalu likat kuahnya.
4. Masukkan ikan tenggiri yg telah digoreng tadi.
5. Masukkan semua bahan2 yg telah dipotong. Perasakan dengan sedikit garam.
Kacau sebati semuanya dan angkat.
6. Tabur dengan hirisan daun ketumbar.








SUP TAUHU


Sup tauhu nie saya ubahkan sikit dgn tambahkan daun kucai,cendawan dan suhoon.
Caranya ialah tumiskan bawang & halia,masukkan sedikit lada sulah. Masukkan sedikit isi ayam. Masukkan air, garam dan gula dan didihkan. Masukkan tauhu lembut yg dipotong dadu, daun kucai,cendawan dan akhir sekali suhoon. hidangkan dgn daun bawang.



NIE BISKUT SIMPLE JE...PERMINTAAN BABY ERA.....









Quote:
Jatuh Murtad jika sambut Valentine

Utusan Malaysia KUALA LUMPUR 11 Feb. 2004

Umat Islam yang meraikan Hari Memperingati Kekasih pada 14
Februari boleh dianggap murtad atau terkeluar daripada
Islam jika cara melakukannya mirip dengan agama asal
perayaan itu, Kristian.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata,
hukum itu boleh jatuh kepada mereka berdasarkan sebuah
hadis sahih yang menyebut bahawa:

"Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai
sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama
golongan tersebut."

Beliau berkata, perbuatan meraikan hari berkenaan juga
akan menjadi lebih bercanggah dengan ajaran Islam
terutamanya apabila ia dikaitkan sebagai usaha untuk
memperingati kematian seorang paderi yang dibunuh
seperti mengikut sejarah purba Rom.

"Kita umat Islam tidak perlukan budaya atau amalan
seperti ini yang jelas bertentangan dengan agama kita.
Lagipun ajaran Islam sudah lengkap, sempurna dan
diyakini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas sikap umat Islam di negara ini
khususnya muda-mudi yang masih cenderung untuk
meraikan Hari Memperingati Kekasih setiap kali muncul
14 Februari biarpun telah banyak penerangan
disampaikan oleh para ulama.

Mengikut sejarah mitos, sambutan berkenaan diasaskan
oleh masyarakat Rom yang beragama Kristian sebagai
memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukum
bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius II.

Saint Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan
salah seorang askar secara rahsia sedangkan
undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda
berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk
menjadi tentera.

Hari ini budaya Valentine menganjurkan orang ramai
menghantar kad ucapan Valentine kepada buah hati
mereka, teman karib dan orang-orang yang mereka
sayangi sebagai simbolik dalam menyatakan cinta
terhadap mereka.

Pada zaman pertengahan, masyarakat England dan
Perancis menganggap 14 Februari sebagai `hari
burung-burung mencari pasangan mereka.'

Pada kurun ke-14 dan ke-15 mereka mula meniru
perbuatan burung tersebut dengan mengadakan hari
mencari pasangan atau jodoh pada tarikh tersebut.

Masing-masing akan mengucapkan `Selamat Hari
Valentine' sesama pasangan mereka.

Ada juga mitos menyebut, kad Hari Valentine dijadikan
amalan memperingati peristiwa seorang paderi yang
dipenjarakan dan sering menghantar kad bertulis From
Your Valentine kepada kekasihnya, seorang gadis iaitu
anak seorang pengawal penjara.

Harussani turut menyeru umat Islam agar tidak sesekali
meniru budaya asing dan ternyata bercanggah itu apatah
lagi ia turut menjerumuskan mereka ke lembah
kemaksiatan.

"Mengapa kita perlu mengamalkannya sedangkan Islam
menggalakkan umatnya kasih-mengasihi sesama sendiri
sepanjang waktu dan bukannya menetapkan pada hari-hari
tertentu atau berkala.

"Bahkan jika kita tidak bertegur sapa dengan saudara
se-Islam selama tiga hari berturut-turut, hukumnya
sudahpun jatuh haram. Jadi amalan atau budaya Islam
sendiri sudah terbukti jauh lebih baik," kata beliau.

Menurut Harussani, Islam turut menggalakkan umatnya
mengasihi sesama mereka secara ziarah-menziarahi
selain berkongsi suka-duka dengan tumpang bersyukur
jika senang dan bertakziah atau bersimpati apabila
ditimpa malapetaka.

"Berkasih sayang bagi Islam juga tidak terhad kepada
golongan tertentu sebaliknya meliputi semua pihak
dengan keutamaannya diberikan kepada ibu bapa, suami
isteri, keluarga, saudara Muslim dan akhirnya seluruh
manusia," kata beliau.






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net