cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 15-Jan-2008 12:50 Email | Share | Bookmark
SATE GORENG/KUAH KACANG DAN KUIH BOM

 
 
 
 
 
 
 













SATE GORENG - resipi dr Resipi.net
Sumber: Kak Mid Honda

Bahan:

1kg Daging

A) Bahan perap perlu diblend halus:-

2 batang serai, racik
1 inci halia, hiris
1 inci lengkuas, hiris
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudubesar ketumbar
1 sudubesar jintan manis
serbuk kunyit secukup kuning
sedikit garam
gula secukup manis

minyak masak 1/2 cawan
sedikit air

Cara:

Bahan atas blend halus, set aside. Boleh buat banyak2 dan simpan untuk guna kemudian kalau ada lebih. Kita perapkan semalaman.

Masukkan daging yang dah diperap ke dalam kuali. Goreng hingga airnya kering.
Masukkan minyak dan goreng lagi. Hidang.










KUAH KACANG - resipi dr MyResipi.com

Bahan-bahan (10 orang ) - kita buat 1/2 je.....

1kg kacang tanah
2 batang serai
1inci halia &lengkuas-ambil airnya
3 senduk gula atau ikut suka
1 mangkuk air asam jawa-bancuh cair
20 tangkai cili kering
1/3 belacan
20 ulas bawang merah kecil
3 senduk minyak masak
sedikit garam

Cara-cara:

1. Goreng kacang dengan minyak hingga kuning angkat toskan.
2. Goreng cili kering, baw.merah,belacan hingga naik bau jgn lama sgt
3. Serai, lengkuas, halia di mesin ambik airnya sahaja.
4. Kesemua bahan ini di mesin dan disatukan dlm satu mangkuk.
5. Air asam jawa dibancuh cair masukan ke dlm mangkuk tadi dan di gaul hingga sebati.
6. Masukkan minyak tunggu hingga minyak panas dan masukkan bahan tadi kacau hingga pecah minyak. perlahankan api.
7. Masukkan gula dan garam ikut suka. kalau boleh biarlah rasanya manis2 buah!













Note:Gmbr kuih nie blurrrr sesgt krn nie kita cut and paste je dr gmbr kuih atas meja krn terlupa nak ambil gambarnya....


KUIH BOM - resipi dr Baya (Resipi.Net)

Bahan untuk kulit:

320gm ubi kentang direbus dan dilenyek
360gm tepung pulut
80gm tepung gandum
150gm gula kastor
200ml air
1 sd teh garam

Cara:

1. Sebatikan bahan menjadi doh.

Bahan utk inti:

250gm gula merah ( baya kurangkan gula 50gram)
200gm gula putih 200g( gula dikurangkan 50gram)
350gm kelapa ( kita pakai kelapa kering so kena tambahkan air utk lembapkan sikit)
1 sd teh garam
1 sd besar tepung gandum
3 helai daun pandan

Cara:
1. Larutkan gula dulu then tapis letak dlm kelapa…kacau sampai pekat dan kering
kemudian masukkan yg lain lain.

Cara:

1. Timbangkan doh seberat 30gm , leperkan masukkan inti.
2. Sebelum golekkan dgn bijan, sediakan air semangkuk, golek kuih bom dlm
mangkuk air.
3. Dan golek bijan, insyaallah bijan akan melekat pada kulit dgn eloknya.
4. Kemudian goreng dan sedia dimakannnn......





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net