Want your
own Fotopage?







 
cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 3-Dec-2007 10:01 Email | Share | Bookmark
KEK PUDING CARAMEL

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 









KEK PUDING CARAMEL- resipi dari Yani (Myresipi), Thanks...


Bahan-bahan - acuan 20cm

Bahan utk karamel

60g gula
1 sudu besar air
2 sudu besar air


Bahan utk Puding

4 biji telur
500ml susu segar
70g gula
sedikit esen vanila


Bahan utk kek span

70g tepung gandum
60g gula halus
2 biji telur
20g mentega- dicairkan

Cara-cara

1. Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree. Cairkan mentega dan ketepikan.
2. Sediakan karamel
Campurkan gula dengan 1 sudu air. Panaskan sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air lagi. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.
3. Sediakan puding.
Panaskan susu dan gula sehingga gula hancur dan padamkan api.
4. Masukkan telur dan esen vanila ke dalam mangkuk. Pukul sedikit. Kemudian tuangkan susu panas tadi perlahan-lahan ke dalam mangkuk sambil dikacau. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.
5. Tapiskan no.4 ke dalam loyang karamel tadi.
6. Sediakan kek span.
Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula sehingga kembang.
7. Pukul pula telur kuning dengan separuh gula lagi sehingga jadi bentuk krim.
8. Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati.
9. Ayak tepung ke dalam no.8 Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
10.Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.
11.Tuangkan adunan kek tadi ke dalam loyang puding tadi. Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.)
12. Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.


Nota: ada gambar step by step di myresipi.com oleh Yani. Oleh krn baru 1st attempt, kek kita tak berapa naik, maybe krn tak pukul putih telur dgn lebih kembang lagi tapi lain kali boleh cuba lagi....




NIE GAMBAR SEMALAM KITA DAN ANAK2 KELUAR MAIN SNOW DEKAT RUMAH.. IKA DAN ERA SERONOK SGTT...SAMPAI TAK NAK PULANG





















View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net