Want your
own Fotopage?
























 
cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 19-Nov-2007 10:45 Email | Share | Bookmark
MEE JAWA

 
 
 










MEE JAWA

Bahan sampingan:

500gm mee kuning dicelur atau spaghetti di rebus
250gm tauge
2 tangkai daun bawang (dihiris)
3 biji cili merah (dihiris)
3 biji telur rebus (dibelah)
3 biji limau nipis (dibelah)
Sedikit bawang goreng

Bahan Kuah:

Bahan Mesin:

6 ulas bawang putih
8 ulas bawang merah
1 batang serai
sedikit halia
sedikit lengkuas
100 gm udang kering
1 s/b cili kisar
400gm keledek (direbus & dikisar)
1 s/b serbuk kari daging
300 gm udang - direbus, dibuang kulit dan dikisar
1500ml - 2000ml air
2 s/b tepung jagung dilarutkan dgn air
Sedikit garam
Sedikit minyak masak
Sedikit gula

Cara:

1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dimesin, rempah kari & cili kisar hingga garing dan wangi.
2. Masukkan air sambil dikacau sekali sekala sampai mendidih.
3. Masukkan pula keledek, udang kisar dan campuran tepung jagung.
4. Reneh sampai pekat. Kemudian masukkan garam dan gula.
5. Hidangkan dgn bahan sampingan dan tuangkan kuah dan sajikan panas-panas.



Quote:
Manusia boleh ada hati sekeras batu. Jika anda mahu memecahkan batu itu, anda boleh mengetuknya dengan penukul. Tetapi jika anda mahu membentuk batu itu, maka ia memerlukan kesabaran seperti air yang sabar menitik ke atas batu, lantas beroleh kejayaan.

Di dalam setiap program, jika gagal mendapatkan kawan sekali pun, janganlah membanyak biakkan lawan.

Hormati maruah manusia, menangi hati mereka, berhubunglah sesama manusia secara manusiawi kerana manusia tidak pernah peduli sebanyak mana yang kamu tahu, hinggalah mereka tahu sejauh mana kamu peduli.

Bina jambatan… bukan tembok yang memisahkan.





Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila Engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. (Aal Imraan 3: 159)


Bacalah lebih lanjut di www.saifulislam.com





xpernah mkn mee jawa seblm nih.. nmpk senang ajer resepinyer buleh ler cuba!
kat sana dah winter ker akak...? mesti sejuk giler2 tuh! sejuk2 pun rugi kalu xpegi main saljikan.. bila akak blk m'sia?
Mon 19-Nov-2007 09:50
Posted by:tariqzaidanirah  - [Link]
Sejuk-sejuk begini ,kalau makan mee jawa panas-panas sedapkan??... Mon 19-Nov-2007 11:02
Posted by:masriyah  - [Link]
jauh mee dari jawa ni merantau.. Mon 19-Nov-2007 15:38
Posted by:mamazieza
jauh2 pun masakan malaysia tetap dihati...kalau anak lynn tengok gambar winter nie, sure dia merengek ajak ke snow world genting Mon 19-Nov-2007 16:21
Posted by:lynnhassan lynnhassan@yahoo.com  - [Link]
>> lama juga tak makan mee jawa ni...
>> rasanya so far tak pernah lagi jumpa kat sini...
Mon 19-Nov-2007 19:14
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
senang hati take 4 minit baca ur quote... teruskan memberi manfaat untuk pengunjung di samping berkongsi resepi Tue 20-Nov-2007 12:08
Posted by:zatidhati amaruszatinr@yahoo.com  - [Link]
hai kak ct...lama saya x jnguk fp akak ni.......da trlepas ari raya....tgu raya aji...je Tue 20-Nov-2007 13:25
Posted by:cek pah afsuzrin@gmail.com
Mee jawa tu looks yummy Lama Sab tak makan mee jawa ni.. terpandang je kat FP Cek de sam ni rasa teringin plak nak buat sendiri.. Insyallah.. Tue 20-Nov-2007 14:47
Posted by:Sabrina  - [Link]
Mee jawa tu looks yummy Lama Sab tak makan mee jawa ni.. terpandang je kat FP Cek de sam ni rasa teringin plak nak buat sendiri.. Insyallah.. Tue 20-Nov-2007 14:58
Posted by:Sabrina  - [Link]
lama tak pekena mee jawa nih Tue 20-Nov-2007 16:33
Posted by:fazizaid  - [Link]
sejuk-sejuk nih...memang sedap makan mee jawa.nak kena buat ni..rasa teringin la pulak!! Tue 20-Nov-2007 17:14
Posted by:husinzainudin
kat sana pun boleh dpt keledek ye? Wed 21-Nov-2007 03:07
Posted by:Lee Lin  - [Link]
cek de teringin la nak makan mee jawamu itttew....looks very the yummy la.... Wed 21-Nov-2007 06:10
Posted by:Ana  - [Link]
wah.. sejuk2 kat sana tu pekena mee jwa sedap juga ye...
re: saya guna photoshop CS2 utk edit gambar2 tu..
Wed 21-Nov-2007 08:22
Posted by:kamalina  - [Link]
kalau kat spore ni kita panggil mee rebus aje....resipi nya sama. Wed 21-Nov-2007 09:21
Posted by:mummy jam  - [Link]
yummy..sure sedap mee jawa ni..
leh try lak..
Wed 21-Nov-2007 09:45
Posted by:srsfeqah  - [Link]
mee jawa nie macam mee rebus juger..cuma mee jawa gunakan udang kering..sejuk2 begini pekena mee jawa memang sedap Wed 21-Nov-2007 10:56
Posted by:Nur  - [Link]
Eh....me jawa laaa....ini kena cuba...ari tu dah cuba test try mee jawa versi mak lang, kali nie nak juga try mee jawa versi ceh de sam....Akak yg cantik jelita nie "JAWA" keee? Wed 21-Nov-2007 13:42
Posted by:Mat Gebu  - [Link]
waduhhh mee jawa, sedapnyaaaaa...rasanya kat Pulau jawa ada tak mee ni...

Thu 22-Nov-2007 01:05
Posted by:Haniss  - [Link]
Sungguh yummie looking... Thu 22-Nov-2007 04:12
Posted by:Roylazim  - [Link]
jauhnye mee jawoo travel..
comel betul baju sejuk era..
camner ye sejuk salji..
betul ke mcm duk dlm peti ais... hehehehe...bestnye mee u...
take cre
Thu 22-Nov-2007 15:06
Posted by:auntie fliffy  - [Link]
mee jawa looks so deliciousssssssss emmm sure tengah kesejukan kan sekarang ni ... dan selamat bermain salji Sat 24-Nov-2007 23:55
Posted by:yangmazni  - [Link]
aduhai lama benar tak keluar negeri ne jumpa cek de sam ...datang sekali sekala lauk nya dah melimpah-limpah dah...sedap..sedap pulak...telan air liur je le....tak kesian kita ke.... ...kita tau cakap jawa siji loro telu papat nenam pitu wollu songo je... ...gurau gurau bawa bahagia ... Sun 25-Nov-2007 02:22
Posted by:boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com  - [Link]
lamanya tak makan mee jawa........ nampak sodap lo pulok Sun 25-Nov-2007 08:55
Posted by:Bonda RaqynR  - [Link]
"SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI BOXHOUSESTUDIO SYAWAL 1429H"..jom amek kad raya Thu 25-Sep-2008 03:17
Posted by:boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com  - [Link]
"SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI BOXHOUSESTUDIO SYAWAL 1429H"..jom amek kad raya Thu 25-Sep-2008 03:18
Posted by:boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.