cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 16-Nov-2007 10:02 Email | Share | Bookmark
IKAN BAKAR TOM YAM

ikan masih di marinade
ikan dah boleh di ngapppp....
pes tom yam kak liza








IKAN BAKAR TOM YAM

Bahan:

Ikan di bersihkan dan disapukan sedikit garam dan serbuk kunyit dan biarkan sekejap.

Pes Tom Yam
serai
daun limau purut



Cara:

1. Tumiskan sekejap rempah tom yam dgn serai dan daun limau purut.
2. Letakkan ikan atas daun pisang dan lumurkan bahan di atas ke seluruh ikan dan biarkan sebentar lebih kurang 15minit.
3. Bakar di dalam oven yg telah dipanaskan sehingga masak.









PES TOM YAM KAK LIZA- Resipi nie dari Hanieliza fp, buat sekali byk dan boleh simpan utk masak tom yam sekali.


Bahan:

3 s/b cili kering kisar
1 s/b udang kering dikisar
1 s/b belacan
1 s/b asam jawa dibancuh dengan sedikit air
5 ulas bawang putih dikisar
10 ulas bawang merah dikisar
1 s/b gula
garam
2 s/b jus limau nipis
Minyak untuk menggoreng

Cara

1. Campurkan cili kering, asam jawa dan perahan limau nipis.
2. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
3. Masukkan udang kering dan belacan. Goreng hingga kekuningan.
4. Masukkan campuran cili kering tadi dan diikuti dengan garam dan gula.
5. Goreng hingga pecah minyak dan tidak terlalu garing.

Nota Tambahan
Ia akan menghasilkan lebih kurang 1/2 kilo paste. Sejukkan dan simpan di dalam peti ais.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net