cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 29-Oct-2007 06:24 Email | Share | Bookmark
RENDANG DAGING DAN LEMANG PERANTAU

hidangan di rumah Yani
rumah Yani
rendang daging ku yg simple
era
era
era
Baru ada kesempatan nak buat rendang daging kerana baru je dpt buah tangan daun kunyit dari Msia. Di sini tak de jual daun kunyit. So kena jimat pakai daun kunyit....nie pun dah tinggal bbp keping lagi...malu nak sebut.....












RENDANG DAGING

Bahan-Bahan:

1 kg daging
4 helai daun kunyit [sepatutnya dihiris halus tp kita hiris kasar krn nak jimat daun kunyit]
135ml minyak
500ml santan pekat
2 sd besar kerisik
garam dan gula secukup rasa


Bahan Blend:

cili kering ikut kepedasan sendiri
3 biji bawang besar
9 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
3 batang serai

Cara:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan blend dan biarkan sehingga wangi dan naik minyak.
2. Masukkan daging dan kacau rata.
3. Biarkan daging sebati dengan rempah di atas sebentar.
4. Masukkan santan, garam, gula dan biarkan kuah menjadi agak pekat.
5. Masukkan kerisik dan hirisan daun kunyit.
6. Biarkan sehingga naik minyak dan tutupkan api.


Cerita pasal rendang....


Nie cite pasal seorg tetamu dgn seorg tukang masak.

Tetamu: "Nak tanya sikit? Rendang apa u masak nie?"
Tukang masak: "Rendang biasa je saya belajar dari mak saya".
Tetamu : "Ada resipi tak?"
Tukang masak: "Ada" dan teruslah tukang masak pun cite bahan2 dan cara memasak rendang tu.
Tetamu : " Oooooo mcm tu..tp rasanya RENDANG TOK lagi sedapppkan".
Terdiam si tukang masak.
Tahu tak kenapa tukang masak terdiam????????
Sebenarnya tukang masak dah tersalah dengar krn tak dengar betul-betul atau mmg dia tak tahu apa tu RENDANG TOK.
Apa yg kita dapat tahu ialah tukang masak kecik hati kerana katanya tetamu itu kata rendang buatan TOK tetamu tu lebih sedap dr rendang mak dia ajar tu....
Aduiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.....mcm-mcm.....SALAH SIAPA TU???????




Nie bukan lemang yg kita buat tapi lemang yang dibuat oleh Mimi.








Nie lemang yg kita buat utk kali ke 2. Hari raya pun buat jugak tp gambar tak de kerana pc kena virus....









LEMANG PERANTAU - kita belajar buat nie dari seorg veteran.Thanks..

Bahan:

500gm beras pulut - dibersihkan dan rendam selama 2 jam
200ml santan pekat
sedikit garam
daun pisang yg telah dilayukan


Cara:

1. Kukuskan beras pulut sehingga berberas atau hampir masak.
2. Gaulkan pulut tadi dengan santan dan garam dan kukus lagi tapi sekejap je.
3. Angkatkan pulut tadi dan sendukkan ke atas daun pisang.
4. Gulungkan daun pisang dgn berhati-hati dan ikat kiri,kanan dan tengah jugak.
5. Buat seterusnya sehingga pulut habis.
6. Kukuskan kembali sehingga daun pisang layu.
7. Lemang mesti disejukkan sebelum dipotong.




Quote:
Hari Sabtu lepas, hari terakhir kita beraya di rumah kawan. Last.....cuma 4 buah rumah je.....






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net