AYAM PERCIK ALA INDONESIA - resipi dr Kak Rinn fp, thanks....
Bahan-bahan:
1 ekor ayam, dipotong 8
Dikisar
3 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
2 inci halia
3 batang serai
6 biji buah keras
Santan pekat dari sebiji kelapa (Rinn guna satu packet santan serbuk)
*Rinn tambah 2 sudu cili kisar
Dikoyak2
2 helai daun kunyit
6 helai daun limau purut
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan kisar dan santan dalam kuali dan kacau seketika.
2. Masukkan ayam dan kacau sehingga kuah agak mendidih. Perasakan
dengan garam dan gula.
3. Keluarkan ayam dari kuali dan atur di atas dulang pembakar. Sementara
itu, terus masak kuah hingga likat.
4. Bakar ayam pada suhu tinggi sehingga garing. Sesekali siramkan kuah percik
ke atas ayam.
5. Hidangkan ayam bersama kuahnya.
comment from Kak Rinn: Unlike the ayam percik I used to buy at pasar malam which is red in color and with sticky gravy..the taste is also "pedas-pedas manis"..this ayam percik Indonesia is yellow in color and less sweet. Almost like the one at Ayamas..which cost you about RM16.00 per bird..Oh Ghoshhhh!!!! Besides, not hot at all. Asam jawa pun tak bubuh..but the aroma of tumeric leaves and kaffir lime leaves simply makes the dish fragrant. Sedappp...
Tumis tempe dan ikan bilis
Bahan-Bahan:
tempe,ikan bilis
cili merah/cili hijau dihiri
bawang merah
bawang putih
minyak
garam & gula secukupnya
Cara:
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng tempe sehingga separuh garing. Angkat dan tuskan. Goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan tuskan. Pada minyak yang sama tumiskan cili , bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau dan masukkan tempe dan ikan bilis. Kita bubuh sedikit kicap. Kacau rata, angkat dan hidangkan.
salam cek de sam... ina pun mintak maaf jika ada terkasar bahasa & tersilap kata... semuanya pasti tidak disengajakan... maaf zahir batin.
so, ni kali ke berapa beraya jauh di perantauan?
selamat menyambut aidilfitri buat cek de sam sefamily. semoga bergembira.
p/s : raya nanti sure masak best ni....
selamat hari raya juga buat cek de sam...
oooo....beraya diperantauan ye....sure banyak masak nih....hihiih
mai pun pernah beraya haji di turkmenistan dulu....yyg bestnya semua para lelaki yang masak...
sedap jugakk....hihihihi
Bila tengok ayam percik tu, teringat plak tentang list yg nak dimasak masa bulan puasa. Dari list tu, separuh pun tak sampai yg Sab cuba masak. Hehehehe Cik De Sam (apa nama panggilan erk?),
Di kesempatan ini Sab ingin menyusun 10 jari memohon kemaafan andaikata ada terkasar bahasa, tersilap kata sepanjang perkenalan kita di alam FP ni. Semoga Syawal yg bakal tiba membawa seribu makna dan kebaikan.
Salam Che de...
Rajin mencube resepi org ye..
Oklah, dikesempatan nie eryne nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin dari Eryne sekeluarga
Boleh cuba buat ayam percik indon ni. Nampak bahannya cam sedap sgtttt.
re: kuih peria tu intinya kacang hijau.
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN, MOGA LEBARAN TAHUN LEBIH MEMBERI KEBAHAGIAAN BUAT ANDA SEKELUARGA.
Wed 10-Oct-2007 08:44 Posted by:Kak Jie jie - [Link]
Nampak sedaaaap :: Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin
ayam percik sedap sgt tu.....tu menu kami masa raye nanti....tapi buat style mak laa.....Selamat Berpuasa dan berhari raya....menu apa raya nanti?????
Wed 10-Oct-2007 11:22 Posted by:madzli balkhis
salam lebaran n maaf zahir & batin utk seluruh keluarga cekdesam...hehehe semoga
makin menjadi pakar dlm masak memasak y menikan kalbuku...hehehheee
semoga perjalanan anda selamat walau di mana berada...mlm ni fliffy berkurung di rumah
nak tgk launch angkawasan malaysia ! hehehehe sayang dr fliffy n co
rajinnya cek de masak ayam percik...saya bila dah hujung Ramadhan ni masak sepoi je ...malas dah melanda.... Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat cek de sekeluarga . Maaf zahir batin andai ada salah kata bicara selama ini. Semoga tetap gembira biarpun beraya jauh dari sanak saudara...
kalau masuk FP Cek de sam, mummy asha pasti telan air liuh dan macam orang pukul drum dalam perut...
Terima kasih kerana menanya kesihatan si asha
asha belum sihat lagi
apa-apa pun,
Selamat Hari raya Aidilfitri kepada cek de sam sekeluarga...
Berhati-hati di jalan raya dan selamat sampai ke destinasi yang dituju...
Salam Aidil Fitri....1428...
Semoga kedatangan Syawal ini membawa seribu makna buat kita semua...Insya Allah...
____________________________________________________________________
http://butik-mydreams.fotopages.com ~Koleksi Baju Menyusu, Mengandung, PLUS size, dll ~
Assalamualaikum cek de, Rajinmya cek de banyak betul menu masakan kat sini. Wiz ni bab msk ni agak slow sikit tapi suka tgk fotopages orang yang penuh dgn beraneka masakan. Selamat Hari Raya dan diharapkan cek de berbahagia di syawal di perantauan.
sedapnya menu kt atas ni....paling suka tempe ngan ikan bilis....suka ratah camtu jea salam perkenalan dr afreena dan co...tak lupa jugak salam lebaran yg dinanti2....Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin...
Thu 11-Oct-2007 03:51 Posted by:~: mama afreena - mas :~ - [Link]
best pulak tgk ayam percik ala indonesia....teringat masa gi jogjakarta last april...best jugak makan nasi padang...Selamat Hari Raya Aidilfitri...maaf zahir & batin