cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 6-Oct-2007 21:18 Email | Share | Bookmark
RAMADHAN 22,RAMADHAN 23 & RAMADHAN 24

era kacau di dapur
era tgh makan cornflakes madu
siap gosok perut
tgh edit...sabarrrrrrrrrrrrrr


Bila tgh edit2, si Era meragam nak tidur pulak so kita gi tidurkan dia dan kita pun tertidur sekali.

First of all, kita nak cite sikit ...hari Khamis lepas,kita rasa tak ada mood sesgt...bercampur baur sekali perasaan nie..mcm tak de mood nak buat apa2,nak raya pun tak ada semangat langsung...tp pada mlmnya kita chatlah dgn Baya dan tanya pasal biskut2 nie, dr situ timbullah semangat buat biskut nie.Terima kasih sesgtlah Baya, tak terkata rasanya...selepas nie rasanya berterusanlah projek buat biskut nie.


Lagipun betul kata2 Bro Jeff pasal virus MM niee....katanya dlm Kak Fazi fp, " kalau dah got rid of the M virus memang banyak yang boleh dilakukan.." Kita sokong 100%....




RAMADHAN 24 ( 6 OCT 2007/SABTU)


Hari nie papa buat keropok lekor krn anak2 dah lama nak minta buatkan dan kita pulak buat tat nenas dan cornflakes madu. Sebenarnya kita buat cornflakes madu pada hari Jumaat lagi tp selepas berbuka anak2 nie makan habissss.... diaorg makan depan TV sambil tgk High School Musical 2,minat sgt cite tu.......Era siap menari2 dan menyanyi...ish......biar kecik2 je mcm tu,besar jgnlah ye...biarlah jadi tukang masak dr penyanyi atau penari....









KEROPOK LEKOR PERANTAU- nie resipi kita copy dr Masriyah FP
sumber Kak Wan

Bahan-Bahan

4 mangkuk ikan tamban / selayang- kita gunakan ikan mackerel je
6 mangkuk tepung sagu (Saya guna tepung tapioca dan dicampur dengan sedikit tepung jagung)
Garam & serbuk perasa secukupnya
Air batu ikut kesesuaian adunan (saya guna air sejuk dlm peti saja)

Caranya

Bersihkan ikan, asingkan tulang & isinya. Mesinkan isi ikan hingga hancur.
Mesinkan sekali lagi isi ikan tetapi kali ini hendaklah dicampur air batu, kemudian dimasukkan tepung sagu.
Pastikan adunan tidak terlalu lembik atau keras sebelum digentel dengan tangan membentuk saiz panjang.
Panaskan air hingga mendidih, masukkan keropok lekor & angkat setelah ia timbul di permukaan air.Keropok lekor boleh digoreng.


Nota: kita punya keropok lekor jd hitam tak putih ,tak tahulah...maybe krn isi ikan kot







TAT NENAS- resipi oleh BAYA

Quote:
Resepi ni resepi lama yg mesti dibuat setiap tahun, Kalau takder tart
ni kira macam kurang sempurna laa My cookies table .. Love to share
dengan kawan kawan kat sini.Wokeh nie dia resepinya, semalam baya buat 2 adunan ukur
betul betul sebelum nak post resepi kesini. Kuatir kalau tak jadi nanti orang ingat I bagi resepi salah, almaklum sebelum nie main campak campak aja hehehehe..Ohh ya sebelum terlupa baya ada borak dengan kawan tentang butter sini dan butter dimalaysia.. Resepi ni ikut butter disini, jika terlembik tambah tepung yaa, jika terkeras tambah butter. Setiap kali buat tart nenas memang butter diletak disebelah jadi bila dough jadi kering ambik skit butter letak pada adunan.. Tart nie memang super lembut dan gebu. Setiap kali baya buat nie, jika ada kawan merasa mesti minta resepi..jadi kepada yg berani cubalahh mana nak tau kot kot kena dengan tekak,
jangan lupa bagi feedback, sedap ker tak sedap kerr atau cadangan ker..supaya jadi panduan untuk rakan yg lain ).

Here is the recipe!!!!

1 cawan butter ( 226 gram) at room temp) bukan butter cair atau lembik.
1 biji kuning telor.
1 suduteh asen vanilla.
20 gram gula.
40 gram tepung jagung,
50 gram tepung kastard.
20 gram susu tepung.(boleh tukar ke coffemate powder pun ok)
240 gram tepung gandum.

1 biji kuning telor + beberapa titik pewarna kuning telor untuk sapuan.

cara cara

-sebatikan telor, butter, gula dan asen vanilla. ( baya hanya guna
spatula aja)
- masukkan tepung satu pesatu, mula tepung jagung, tepung
kastard dan susu tepung..gaul sebati
-tepung gandum..gaul sebati
-lepas tu masukkan dalam acuan tart golung tekan keluar, letak jem dan gulong
-bakar 350F selama 17-19 minute.

P/S:jika adunan nie masih melekit dekat tangan kena masuk skit skit tepung rasanya tak banyak dalam 10 gram aja. Jika adunan kering pula kena masukkan butter tak banyak skit aja jika kering pun. Adunan mesti dapat seperti gambar dibawah.. Baya sentiasa tutup adunan nie dengan
tuala atau tissue paper atau cling sepaya adunan nie tak kering.

Cuba tekan dengan adunan jika ia keluar elok dan tak putus putus adunan tu elok, seeloknya dicuba terus ..tekan sekeping lepas tu letak jem try gulung kalau tak merekah maknanya adunan tu dah ok..last sapukan kuning telor..

kalau versi campak pula
1cawan butter.
1 biji kuning telor.
1 sudu teh asen vanilla
1 sudu besar gula.
2 sudu besar tepung jagung bumbun.
2 1/2 sudu besar tepung kastard bumbum.
1 sudu besar susu tepung.
2 1/2 cawan tepung gandum.

Baya rasa hasilnya tetap sama..campak ker + ikut betul betul ker still sama..). Dengan syarat kena masukkan semua tepung diatas..selamat mencuba, kalau ada apa apa soklan boleh tanya yaaa.. gambar gambar diabawah sebagai panduan aja.).

-baya

Jem nenas 1 ( color kuning)

Bahan
3 tin pineapple crush ( 3lb)( kisar)
200 gram gula.
1/3 cup air.

cara cara.
-Kisar pineapple crush.
-Masak gula bersama air.
-Masukkan nenas kedalam air gula.
- Masak selama 45minute -1 jam dengan api sederhana.

Jem perang mengunakan pineapple crush.

3 tin pineapple crush ( 3lb)( kisar)
200 gram gula.

cara
Masak nenas dan gula terus keatas api. Selama 45-1 jam.

Note : Selalunya jem ni akan merecik, meletup di atas api.. apa yg baya buat baya tutup periuk dengan penutupnya , dan hanya buka sedikit saja , supaya wap dapat keluar.... anyway baya ada attach gambar macam mana baya buat. Dengan cara ini dapaur tak kotor Insyaallah..

Petua jika suka letak seketul gula batu kedalam jem supaya ia tak berkulat dan tahan lama..dan bila buat tart nenas, tart juga tak mudah berkulat.

-baya

nota: kita pakai acuan terap je krn tak de acuan utk tat gulong




RAMADHAN 23 (5 OCT 2007 / JUMAAT)








CARA NAK BUAT CORNFLAKES MADU














Cornflakes madu- Resipi Oleh BAYA

Bahan:

90 gram sugar halus,
110 gram butter. (actually butter tu 113g selalunya baya masukkan
semua sahaja sebab nak buang only 3 gram buang karan aja)
6 sudu besar madu/golden syrup


Untuk campuran cornflakes:

120gram cornflakes.
120 bubble rice( yg plain punya bukan Choc)- kita pakai rice krispies
100 gram kacang/badam. ( bakar dulu skit badam tu) kalau kacang
selalunya baya guna kacang yg dalam tin saja.

Cara:

Masak atas api sehingga butter,sugar, madu bercampur sebati. Sekejap ja
masaknya.
Kemudian tuangkan ke dalam campuran cornflakes.
Gaul sampai rata bancuhan madu dan cornflakes, sudukan dalam paper cup kemudian bakar
350F selama 11-12 minute.













SNOWBALL COOKIES - resipi oleh BAYA


Quote:
Snowball cookies adalah salah satu kegemaran my family..Setiap kali Baya buat kuih sikecik mesti tanya nie Snowball ker mummy, jadi Baya decided buat snowball for him. Snowball cookies ni amat mudah semua benda dicampur sekali , dan sebatikan... . Unlike biskut Makmur this one has nuts all over the cookies.

Snowball Cookies.

Bahan bahan

2 cawan tepung
2 cawan finely chopped nuts (walnuts or pecan) selalunya baya guna walnut.
1/4 cawan gula halus.
1 cawan butter (softened)
1 tsp vanilla
gula icing for rolling.

Method:
1. Panaskan oven 325F
2. Campurkan tepung, nuts, gula, butter and vanilla
3. Putar dengan mengunakan speed yg rendah, sehingga sebati ( 3-4 minute)
4. Dengan mengunakan teaspoon, sudu dan bulatkan dough 1 inci bola
5. Letak diatas ungreased cookie sheet dalam1 inch apart.
6. Bakar selama 18-23 minute atau sehinnga warna tukar menjadi light
brown. Keluarkan secepat yg mungkin dari cookies sheet.
7. Roll dalam gula icing semasa tengah panas dan sekali lagi bila sudah sejuk.
-baya




RAMADHAN 22 (4 OCT 2007/ KHAMIS) - hari nie terkena virus MMMMMM.....











View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net