cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 2-Oct-2007 06:28 Email | Share | Bookmark
RAMADHAN 20

 
 
 
 
 
 
Dari minggu lepas lagi dah start busy...bukannya busy buat biskut raya tapi tgk tv lah....prison break,csi,csi miami,csi new york dan heroes dah start season baru. Yang paling kita suka prison break,it's the best drama with brains I ever encountered. Org melayu kata, BYK AKALAN...dan byk aksi suspen dan buat tak sabar tunggu next episod. And Micheal Scofield( Wentworth Miller),he's so cool.He is a gentleman. He’s gracious and full of class.....


Ok..menu hari nie.....













DALCA KAMBING - resipi dari kakak kita....

Bahan-bahan:

500-600gm daging kambing yg ada tulang
2 batang carrot
3 biji ubi kentang
2 biji tomato
100gm kacang panjang
2 cawan kacang dal
5-6 sudu besar bumbung rempah kari daging
4 cawan santan
air asam secukupnya
garam
minyak utk menumis

Bahan tumis:

5 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 buah pelaga
1 bunga lawang


Bahan untuk diblend:

2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3 cm halia
1-2 sd besar cili giling

Cara-caranya

1. Bersihkan daging kambing dan masukkan kedalam periuk dan diisi air cukup menutupi daging.
2. Rebus daging kambing dan kacang dal sehingga keduanya masak dan empuk di dalam berlainan periuk.
3. Sayur-sayuran di potong mengikut selera masing-masing.
4. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis dan bahan blend.Tumis hingga naik bau.
5. Masukkan rempah kari daging, gaul rata. Masukkan air asam jawa dan garam. Tumis sehingga ia masak dan masukkan daging kambing dan kacang dal yg telah di rebus dan air rebusan daging .
6.Masukkan dulu ubi kentang dan carrot dan masak sehingga empuk.
7. Masukkan kacang panjang dan kacau hingga sebati.
8. Masukkan santan dan masak sehingga mendidih dan rasakan garamnya. Akhir sekali masukkan tomato. Padamkan api dan sedia untuk dihidang.

Nota: Sewaktu merebus daging kambing dan kacang dal, jika air telah berkurangan ,boleh tambah air dan masak sehingga daging empuk. Boleh masukkan terung jugak.








CHICKEN CHOP- resipi dari Kak Rinn, thanks...
Altered recipe based on 1 whole chicken

Bahan-bahan:

1 ekor ayam sederhana besar, dibersihkan dan dipotong 6
Tepung gandum, utk menyalut ayam
2 biji telur, utk mencelup ayam

Bahan perap :

2 sudu besar rempah kari
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cili kisar
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar minyak masak

Cara-cara:

1. Gaulkan ayam dengan bahan perap selama 3 jam.
2. Golekkan ayam ke dalam tepung gandum.
3. Kemudian celupkan ke dalam telur yg telah dipukul.
4. Goreng ayam (Deep fry) hingga garing.

Bahan hiasan:
French fries
Coles slaw
**(Cincang kobis dan sedikit carrot. Campurkan mayonese, sedikit krim putar, sedikit gula dan perahkan sedikit limau kasturi/lemon)

SOS LADA HITAM - kita tak sempat nak buat sos lada hitam so budak2 makan dgn tomato ketchup je....

Bahan:

1 bawang besar, dicincang halus
3 bawang putih, dicincang halus
4-5 sudu besar serbuk lada hitam, boleh adjust ikut kepedasan..
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap
3 cawan air rebusan daging
2 sudu besar tepung jagung, dibancuh dgn sedikit air
1 1/2 camca teh garam
1 sudu besar gula
minyak utk menumis

Cara-cara:

1. Tumis bawang besar & bawang putih hingga layu dan wangi.
2. Masukkan air rebusan daging.
3. Masukkan sos tomato, kicap, lada hitam dan tepung jagung. Kacau sebati.
4. Masukkan garam dan gula. Adjust rasanya ikut selera.

This Blackpepper sauce could be hot for little children due to the amount of blackpepper. You may adjust it according to your tastebuds.









CEKODOK PISANG

Bahan:

3-4 biji pisang [hancurkan]
2 sd besar gula
1 cawan tepung gandum
1 sd kecil baking powder
secubit garam

minyak untuk menggoreng

Cara:

1. Tapiskan tepung gandum dan baking powder.
2. Campurkan semua bahan dan gaulkan rata.
2. Panaskan minyak.
3. Jemputkan kecil2 dgn hujung jari dan goreng sehingga kuning keemasan atau agak garing.



Quote:
Gambar di atas , tahun lepas kita gi ke Tallin, Estonia....







View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net