cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 28-Sep-2007 21:55 Email | Share | Bookmark
RAMADHAN 16

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hari nie ada kelam kabut sikit. Pg sempat masak2 simple je dan tengah hari pulak kena gi sekolah Ika kerana Ika ada presentation pasal Malaysia dan busak2 lain jugak dgn negara masing-masing. Selepas tu kena bawa Zahir ke klinik ENT emergency krn dia tersalah korek telinga, luka dan berdarah pulak telinga dia. Alhamdulillah tak de apa-apa serious, risau jugak kita dibuatnya.Kata doktor tak boleh korek telinga walaupun dgn cotton bud.


Ok resipi hari nie adalah Mac & Cheese.















MAC & CHEESE DEE - resipi dari Jeni's blog, thanks....it's yummy tapi anak-anak je yg suka makanan barat nie., not PAPA....
Resipi asal dari Puteri Dee

Bahan-bahannya:

1 paket (500 gram) pasta yang sesuai seperti macaroni, spiral atau sebarang bentuk pasta lain yang disukai
220 gram Du Chef tomato puree (tin sedang)/ 1 botol besar sos spaghetti Prego 400 gram daging cincang
1 biji bawang besar, didadu
3 ulas bawang putih, dicincang
2 - 3 helai bay leaves (kering)
Sedikit rempah oregano
Garam dan gula secukup rasa
* Rempah oregano & bay leaves boleh dikecualikan sekiranya menggunakan sos spaghetti segera
1 buku (250 gram) keju cheddar, diparut
500 - 600 ml susu segar
3 sudu besar tepung gandum

Cara-caranya:

1. Rebus spiral pasta mengikut peraturan dipaketnya. Sebaik sudah masak, angkat dan toskan.
2. Untuk Sos Merah : Tumis bawang besar dan bawang putih dengan sedikit minyak sehingga naik bau. Kemudian masukkan daging cincang. Tumis sehingga daging bertukar warna dan pastikan jangan sampai air daging kering.
3. Masukkan tomato puree/ sos spaghetti Prego dan sedangkan api. Kalau guna sos spaghetti Prego boleh campurkan 1 cawan air kedalam periuk. Jika guna tomato puree tidak payah tambah air.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Sosnya jangan terlalu kering sangat kerana lebih sedap berkuah supaya mudah digaulkan bersama macaroni.
5. Untuk Sos Cheese : Masukkan susu segar dan tepung gandum dan gaul rata. Masak diatas dapur dengan api yang kecil dan masukkan parutan keju cheddar. Kacau sehingga cheese cair dan sebati. Sebaiknya sos cheese jangan terlalu cair.
6. Cara menyediakan Mac N Cheese : Gaul sos merah dan macaroni spiral sehingga sebati. Tuang setengah adunan kedalam caserole dan lapiskan dengan sos cheese, dan kemudian tuang lebihan macaroni dan atasnya ditutup dengan sos cheese. Kalau nak lebih sedap boleh taburkan parutan keju cheddar diatasnya dan bakar sehingga ia bewarna kuning keemasan.










Quote:
So proud of Ika, walaupun byk makanan di atas meja tu tetapi dia masih berpuasa lagi dan cikgu dia bg dia bungkuskan makanan utk berbuka pulak







View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net