cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 27-Sep-2007 21:55 Email | Share | Bookmark
RAMADHAN 15

 
 
 
 
 
 
BILA KITA SINGGAH DI FP KAK NIM , RASA TAK TERTAHAN KEINGINAN NAK MAKAN LAKSA SARAWAK NIE..DAH LAMA BEBENOR TAK MASAK LAKSA NIE,NASIB BAIK ADA LAGI PERENCAHNYA . SO MENU HARI NIE LAKSA SARAWAK,ANAK2 MAKAN NASI DGN LAUK SEMALAM. SORRY YA..MAMA NAK MAKAN LAKSA HARI NIE...KENA PENUHI SELERA MAMA JUGAK YA...NMPKNYA SAHUR NANTI KENA GORENG NASI PULAK....
























LAKSA SARAWAK


Bahan-Bahan:

Bahan Kuah:

Sebungkus perencah laksa sarawak
Sebungkus mee hoon (dicelur dan ditoskan)
Santan pekat
air rebusan udang / air rebusan ayam secukupnya
Garam dan ajinomoto secukup rasa

Bahan Sambal:- tumis semua bahan di bawah.
10 tangkai cili merah (dikisar)
3 biji bawang merah (dikisar)
Seulas bawang putih (dikisar)
Segenggam udang kering (dikisar)
Minyak masak


Bahan sampingan:


isi ayam (dikukus/dikukus dan dicarik nipis-nipis)
tauge (dicelur dan dibuang ekornya)
telur (digoreng dan dihiris nipis-nipis)
udang (direbus dan dibuang kulitnya)
daun ketumbar
cili merah (dihiris nipis-nipis) - optional
imau nipis tp sebenarnya limau kasturi, disini tak de jual limau kasturi


Cara:

1. Campurkan perencah laksa sarawak bersama air rebusan udang/ayam secukupnya dan rebus selama 30 minit. Tapiskan.
2. Kecilkan api, masukkan santan pekat bersama garam dan ajinomoto secukupnya.
3. Ambil sedikit bahan-bahan sampingan dan mee hoon dan tuangkan kuah laksa sarawak ke atasnya.
4. Perahkan sedikit limau nipis/kasturi dan campurkan sedikit bahan sambal ke dalam mangkuk mee hoon dan kuah tadi.









TAUHU SUMBAT


Bahan:

2 keping tauhu - lumur dengan garam & goreng
timun - dibuang isi tengah & potong memanjang
carrot - potong memanjang

CARA:

Goreng tauhu sehingga kekuningan dan sejukkan.
Tauhu dipotong dua & belah tengah dan sumbatkan dgn timun dan carrot.







KUAH KACANG

BAHAN:

kacang tanah-goreng tanpa minyak dan diblend kasar
air/santan secukupnya kita pakai air je
garam ,gula secukup rasa
serai dititik


BAHAN BLEND:

bawang merah
bawang putih
sedikit halia
sedikit lengkuas
serbuk cili


CARA:

1. Tumiskan bahan blend sehingga hampir garing.
2. Masukkan kacang, kacau sebentar
3. Masukkan air dan gula dan kacau hingga sebati.
4. Perasakan dgn garam.dan masaklah sehingga hampir pekat.



Quote:
semlm kita gi ke sekolah Ika/Zahir,jumpa cikgu Ika,so sempatlah snap gmbr- gmbr tu...pokok2 dah start tukar warna (musim luruh)...



Quote:
Paste laksa sarawak kita tak pernah buat sendiri tp ada resipi Laksa Sarawak oleh Chef Wan, dah baca resipinya,mmg berlainan dr resipi asal (bahan2 lain sikit krn kita tak pakai pun kacang tanah,bijan) tak tahu sama ke tidak rasa dgn laksa sarawak asli . If sesiapa nak cuba buat jugak bolehlah PM kita for the recipe...








View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net