cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 25-Sep-2007 22:01 Email | Share | Bookmark
RAMADHAN 13

 
 
 
 
 


















LAKSA ASAM- resipi dr Kak Liza tp ada bbp bahan kita tukarkan. Kita tanya jugak dgn kawan kat sini yg biasa masak asam laksa nie. Terima kasih semua....

Bahan:

1/2 kg ikan kembung, direbus dan diambil isinya lalu dikisar- kita guna tuna dlm tin
1 bungkus laksa kering, [direndam sehingga lembut lalu direbus sehingga lembut betul dan toskan]

8 keping asam gelugur
1 kuntum bunga kantan [belah 4]- kita bahagikan setgh utk masukkan dlm kuah dan setgh utk bahan sampingan
3 tangkai daun kesum
10 biji limau kesturi, dibelah dua & buang biji- disini tak de limau kesturi, kita gantikan dgn limau nipis
air rebusan ikan - kita gunakan air biasa je
Garam secukup rasa
1 batang serai [ketuk pecah2]
1/2 cawan jus asam jawa
1 s/b minyak

Bahan A (Dikisar halus):

15 tangkai cili kering
1 inci lengkuas
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 s/b belacan

Bahan sampingan(Dihiris halus):kita potong dadu

1 bawang timun
2 biji bawang besar
1/2 biji nenas
2 biji cili merah
daun salad
bunga kantan

Cara membuat kuah:

1. Panaskan sikit minyak dan tumiskan serai & bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan isi ikan, air rebusan ikan, asam gelugur, jus asam jawa, daun kesum, dan bunga kantan.
3. Masak sehingga mendidih. Rasakankan garam secukupnya.
4. Renihkan sehingga pekat.

Cara menghidang:

Masukkan laksa ke dalam mangkuk, tuang kuah laksa ke atasnya dan hiaskan dengan bahan yg dihiris serta limau nipis.

NOTA...

Kalau nak tambah kuah petis [otak udang tu]..cairkan otak udang dengan sikit air panas dan masukkan dalam pinggan hidangan laksa..sedapnya..







View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net