cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 23-Sep-2007 15:58 Email | Share | Bookmark
RAMADHAN 11

FIJIAN nasi palau kambing
kari ayam semalam
acar mentah
kuah apam
apam salju tukaz
 
Hari nie kita buat apam lagi. Mengikut cakap Papa, kat Trg ada apam berkuah so kita mintak jugak resipi dr Kak Nim tp tak sama dgn resipi dgn Mak Mentua. Tadi kita call dia dan dia beritahu resipinya. Anyway terima kasih Kak Nim,only you knew ada wujudnya apam berkuah... Oleh kerana kita tak tahu mcm mana rupanya apam berkuah nie,kita hentamlah buat apam salju tukaz dr Kak Liza fp. Alamak salah apam lah pulak, Papa kata kena apam beras yg tak manis...aduiiiiiiiii....lain kali kita cuba tanya mak mentua mcmmana nak buat apam asli tu....if ada org Trg kat luar sana, tolonglah bantu ....


NIELAH APAM YG KITA BUAT....mcm-mcm bentuk ada..saja nak senangkan hati














APAM SALJU TUKAZ- resipi dr Kak Liza, thanks...

Bahan A

1 mug tepung beras ] ayakkan
1 mug tepung gandum ]
1 1/2 mug gula
1/2 s/kecil yis mauripan

Bahan B
1 mug nasi
1 1/2 mug air

pewarna..merah.. hijau..kuning - kita guna satu warna je

kelapa parut [muda] ]
garam ] gaulkan

Cara

1. Gaulkan bahan A sama rata.
2. Mesinkan bahan B sehingga halus dan gaulkan bersama bahan A.
3. Bahagikan adunan pada 3 mangkuk.
4. Masukkan satu warna dalm setiap mangkuk.
5. Peramkan sehingga 3 atau 4 jam
6. Panaskan kukusan sehingga air mendideh.
7. Tuangkan adunan sehingga penuh acuan/mangkuk yg digunakan.
8. Kukus selama 10 - 12 minit.
9. Bila telah amsak sejukkan.
10 Keluarkan kueh dan hidangkan bersama kelapa parut yg telah digaulkan dengan kelapa.



BUAT JUGAK MEE REBUS PENANG - dari semalam lagi ada org sebut nak makan mee rebus....










MI REBUS PENANG - resipi dr Soal Jawab Alaf 21

Bahan-bahannya:

600 gm. mi kuning, dicelur - mcm biasa kita pakai spaghetti
200 gm. taugeh, dibuang ekor & dicelur

Bahan kuahnya:

1 1/2 liter air rebusan udang
10 tangkai cili kering - direndam dan dimesin halus
20 ulas bawang merah- dimesin halus
200 gm. ubi keledek merah- dibuang kulit, direbus dan dimesin
garam secukup rasa
3 sudu besar sos tomato
Air asam jawa (ikut masam)

Bahan cucur udang:

100 gm. tepung gandum
1/2 sudu teh bicarbonate
Air kepala udang yang telah dimesin
Garam & minyak secukup rasa

Cara membuat cucurnya:

Gaul semua bahan. Bancuhan harus sederhana cair. Goreng di dalam minyak yang panas. Angkat dan toskan. Potong bentuk dadu besar.

Bahan hiasan:

3-4 biji telur rebus - dipotong berbaji
2 biji ubi kentang - direbus, dikuliti dan dipotong dadu besar
4 keping tauhu - digoreng dan dipotong dadu besar
4 ekor sotong kering - direndam, direbus dan dihiris
4 biji lada merah - dihiris
2 pokok daun bawang - dipotong 1/4 inci panjang
1 pokok daun salad - dihiris
3-4 biji limau kasturi - di belah dua
Sedikit kacang tumbuk
Bawang goreng

Cara membuatnya:

1. Sediakan bahan hiasan sebelum memasak mi dan kuahnya
2. Masukkan air rebusan udang ,ubi keledek, sos tomato, cili mesin , air asam jawa dan garam secukup rasa. Biarkan kuah mendidih perlahan-lahan sehingga agak pekat.
3. Jerangkan air dalam periuk dan celur diikuti dengan taugeh. Tos danketepikan
4. Untuk menghidang, letakkan sedikit mi dan taugeh ke dalam pinggan dan bubuhlah kuah .



Nota: Utk mee rebus penang tu, kita tak ikut 100% bahan2 kat atas..kita buat yg simple je..dgn taugeh,daging rebus,taugeh, daun bawang dan bawang goreng. sudah tentu kuahnya ikut 100% .







View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net