cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 21-Sep-2007 21:00 Email | Share | Bookmark
RAMADHAN 9

tetamu dr Moscow
tetamu dr Tampere & Msia
me and Manny
tetamu dr Pori & Kirkkurnomi
NASI LEMAK & SAMBAL SOTONG KERING
























SAMBAL TUMIS SOTONG KERING


Bahan:

sotong kering [bersihkan dan rendamkan dgn air kapur sehingga lembut]
1 sudu makan cili kering yg diblend atau serbuk cili
2 biji bawang besar ,4 ulas bawang putih dan sedikit belacan ]blend
1 cawan air asam jawa
1 biji bawang besar..di potong bulat
garam
gula
minyak untuk menumis


Cara:

1. Tumiskan bahan yg diblend sehingga garing dan wangi.
2. Masukkan air asam , sotong kering , garam dan gula secukup rasa.
3. Masukkan air sedikit dan biarkan sambal mendidih dan pekat dengan api perlahan.
4. Masukkan bawang besar dan masak lagi sebentar.
5. Bila dah naik minyak bolehlah matikan api.













KUIH SERIMUKA –resipi dari Irene


Lapisan Bawah:

300gm beras pulut (rendam 2jam if pakai beras pulut dr Thai krn kita rendam lebih masa,pulutnya menjadi terlalu lembik)
400ml santan cair (250ml santan dlm tin + air )
garam secukup rasa

Cara:

1. Basuhkan pulut dan rendamkan 2 jam sebelum dimasak.
2. Masukkan beras pulut kedlm loyang bersama santan dan garam dan kukuslah selama 30 minit.
3. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
4. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Lapisan Atas:

150ml santan pekat
150 ml jus pandan + warna hijau - oleh krn tak de daun pandan kita pakai pandan paste je dan tambah lagi 150ml santan pekat
150gm gula
7 sd besar /100gm tepung gandum
1 sd besar tepung jagung
2 biji telur
sedikit garam

Cara:

1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata. Tapiskan.
2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.
3. Kukuskan lebih kurang 30 minit.
4. Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau plastik.



Quote:
gambar tetamu di atas tu dah lama, semuanya sebelum bulan Ramadhan







View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net