cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 19-Sep-2007 18:00 Email | Share | Bookmark
RAMADHAN 7

nasi pilaf daging
daging masak merah
salmon bakar
salad
keropok ikan
NASI PILAF DAGING,DAGING MASAK MERAH,SALMON BAKAR,SALAD,KEROPOK.. kita tak buat apa2 kuih or dessert, malas...tak de org makan...they prefer to eat fruits only. Good for me though....








NASI PILAF DAGING


Bahan:

4 cawan beras basmati,dicuci,rendam sekejap dan toskan
600gm daging
3 sudu besar kismis hitam
3 sudu besar rempah kari daging
3 tangkai cili hijau,dipotong halus- jika tak nak pedas,tak payah letak cili
3 biji tomato- dibuang biji dan potong dadu
2 cawan santan
2 cawan air/stok daging
50gm mentega
daun ketumbar - dihiris

Bahan blend- blend kasar je:

I biji bawang besar/merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan Penumis:

1 inci kayu manis
6 kuntum bunga cengkih


Cara:

1. Panaskan mentega, tumiskan bahan blend dan bahan penumis sehingga keperangan dan naik baunya.
2. Masukkan rempah kari yg dibancuhkan dgn sedikit air dan kacau sebentar.
3. Masukkan daging ,kismis hitam,cili hijau dan tomato.
4. Masukkan santan dan air/stok daging dan biarkan daging hampir empuk dan mendidih.Perasakan dgn garam.
5. Masukkan beras dan daun ketumbar dan alihkan ke dalam rice cooker.
6.Masaklah nasi seperti biasa dan bila dah masak,gemburkan nasi supaya nasi tak melekat. Gemburkan nasi perlahan2 ya supaya berasnya tak hancur.








DAGING MASAK MERAH - resepi asal oleh Azie Norazie dan kita copy resepi dari Jeni's blog. Thanks....


Penyediaan Daging:

1kg daging batang pinang - jgn potong, biar seketul besar atau biar dlm 1/2 x 2. [Rebus hingga empuk - air jgn buang]

Cara:

1. Dah empuk, hiris nipis. Goreng hingga agak-agak separa garing..dlm masa yg sama, letakkan pewarna merah setengah penutup. Ratakan pada daging itu. Angkat , ketepikan.

Bahan kisar
1 1/2 biji bawang besar
8 biji bwg putih
3-4 btg cili kering [ikut suka pedas]

Bahan lain:

2 btg lada merah - hiris serong - kita gantikan dgn lada benggala hijau
2 biji bawang india - hiris kasar
Daun sup - potong kasar
3 sudu sos tiram
4 sudu sos cili [ikut suka rasa]- kita gantikan nie dgn sos tomato
2-3 sudu gula [ikut suka manis]
Garam secukup rasa
1 sudu besar tepung jagung + air

Cara:

1. Tumis bahan kisar hingga garing dan wangi, masukkan sos cili dan sos tiram, gula, garam. Kacau sekejap.
2. Masukkan air rebusan daging ikut suka kuah banyak mana.
3. Masukkan daging, air tepung jagung. Bila dah cukup agak likat kuah, masukkan bawang india, lada hiris dan daun sop. Agak-agak layu sahaja tutup api.
4. Siap utk hidang.






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net