Want your
own Fotopage?







 
cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 14-Sep-2007 13:43 Email | Share | Bookmark
LAUK BERBUKA DAN SAHUR ( RAMADHAN 1)

kari ikan tenggiri
kerang masak lemak serai
kuih ketayap aka kuih gulung
kebab daging
NIE LAUK BERBUKA SEKALI DGN BERSAHUR... KARI IKAN TENGGIRI,KERANG MASAK LEMAK SERAI, KEBAB DAGING, DAUN SALAD,SAMBAL BELACAN,IKAN MASIN BULU AYAM DAN KUIH KETAYAP AKA KUIH GULUNG...TAK LUPA BUAH KURMA DAN NASI LAAA.....







Kebab daging kita bakar je krn kita beli yg dah siap dr kedai Muslim.






KERANG MASAK LEMAK SERAI-resepi dr Kak Rinn dan dah dicuba jugak oleh Maklang Azie.... thanks....


Bahan-bahan:

1 kg kerang, direbus dan dikeluarkan isinya
7 batang serai dan 1 in lengkuas, dikisar
1 biji bwg besar, 3 biji bwg putih, dikisar
1 inci halis diketuk
Cilipadi dikisar, ikut suka kepedasannya
Sedikit serbuk kunyit
1/2 mangkuk santan pekat
1 keping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa
Daun kunyit, dipotong kasar

Cara-cara:

1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar dan halia.
2. Bila dah naik minyak dan agak masak, masukkan kerang dan serbuk kunyit. Kacau sekadar
mesra kerang dan bahan2 tumis tadi.
3. Tuang santan dan masukkan asam gelugur.
4. Perasakan dengan garam dan gula. Masak sehingga kuah agak pekat.
5. Masukkan daun kunyit. Kacau sebentar dan angkat.

Nota dari maklang azie : takder daun kunyit, letak daun limau purut pun takper..hiris halus jer.
Nota dari kita : Kita tak masak sampai 1 kg,kita masak sedikit je....tp masih ikut bahan2 di atas.







KARI IKAN TENGGIRI- tak yah letak resepi,rasanya semua tahu masak kari..very simple tp yg nie tak letak santan.....







KUIH KETAYAP AKA KUIH GULUNG- resepi dr Kak Liza, thanks... kita ubahkan sedikit krn kita tak de daun pandan...

Bahan Kulit [batter]

1 cawan tepung gandum
1 cawan air jus pandan- kita pakai susu segar dan kita gunakan 1 sdt pandan paste
[mesinkan 5 helai daun pandan + 1 cawan air dan tapiskan]
1/2 cawan santan/susu segar
1 biji telur
beberapa titik pewarna hijau- kita tak letak nie krn pandan paste dah ada pewarna
secubit garam

Bahan inti:

150 gm gula merah
3 s/b gula biasa
1/2 cawan air kelapa muda [jika ada]
½ biji kelapa parut muda- kita guna kelapa kering je

Cara:

1. Untuk inti, masukkan semua bahan inti ke dalam periuk.
2. Kemudian masak di atas api yang sederhana dan kacau agar sebati dan melengas. Angkat dan ketepikan.

3. Untuk kulitnya, masukkan semua bahan di dalam mangkuk. Kacau sebati dan tapiskan
4. Panaskan non-stik pan yang telah dilengser dengan sedikit minyak.
5. Tuangkan sesenduk adunan ini dan lenggang-lenggangkan kuali tadi, supaya adunan rata dan nipis.
6. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
7. Masukkan inti di tengah-tengahnya.
8. Kemudian lipatkan bahagian kiri dan kanan lalu gulungkan kemas-kemas.
9. Lakukan sehingga selesai dan hidangkan.







View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net