Want your
own Fotopage?
























 
cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 13-Sep-2007 22:24 Email | Share | Bookmark
TUNA PINWHEEL BREAD

canaikan doh
sapukan sos
taburkan inti tuna
gulung dan potong
siap dibakar
dah ditabur dgn cheese










TUNA PINWHEEL BREAD
(dgn menggunakan basic bread recipe dari Pn.Roshayati)- Resepi asal dr Bro Rozzan iaitu Corned Beef Pinwheel Bread. Thanks....

Bahan A

440 gram tepung roti/ high protein flour
60 gram tepung superfine (saya gunakan tpg kek)
100 gram gula (kita gunakan 70 gm jg)
1 sudu teh garam halus
30 gram (2 sudu besar) susu tepung- kita tak letak nie
1 sudu teh bread improver- kita tak letak nie,tak de jual kat sini
4 sudu teh (1 paket) yis kering (10-11 gm)

Bahan B

250 ml air- tukar ke susu cair
1 biji telur (pukul sikit)

Bahan C

80 gram shortening /lemak sayuran- kita guna butter

Cara :

1) Masukkan kesemua bahan A kedalam mangkuk mixer. Dgn speed yg perlahan, ratakan bahan dgn menggunakan dough hook.

2) Tuangkan telur sedikit2 ke dalam bahan A sambil terus menguli/mengadun dgn mixer. Kemudian masukkan pula air sedikit demi sedikit dan terus uli sambil ditinggikan sedikit speed mixer tersebut. Uli hingga adunan agak lembut dan licin.

3) Masukkan bahan C ke dalam adunan tadi dan uli lagi hingga adunan jadi licin dan tak melekat di sekeliling mangkuk mixer. Biarkan doh selama 30 - 40 minit.

4) Setelah itu, tumbuk2 doh dan uli untuk keluarkan angin. Ini amat penting untuk menghasilkan texture roti yang lembut dan tidak berongga besar.

5) Bahagikan doh kepada 3 bahagian, berat setiap bahagian kira-kira 330-350 gm. Bulat2kan doh. Rehatkan 10 minit.

6) Keluarkan angin dari doh dengan cara menekan dan memicit doh tersebut lalu bulatkan sekali lagi.

7) Canai doh hingga menjadi 'rectangle' seperti di gambar bawah tu.. Kemudian sapukan sedikit sos atau sambal rata2 di permukaan doh tadi dan taburkan dgn inti corned beef atau apa-apa pun inti kesukaan anda. Gulung dgn kemas dan potonglah dgn pisau yg tajam dgn ketebalan roti tu mengikut citarasa anda. Buatlah serupa kpd 2 lagi bahagian doh roti tadi.

Alihkan potongan2 roti ini ke dalam acuan kertas jika suka (kita tak buat step nie,kita cuma alihkan ke atas baking tray je) dan biarkan ia naik sekali lagi kira-kira 30 minit. Bakar selama kira-kira 15-20 minit (atau hingga masak kekuningan) dgn suhu 180 darjah Celsius.

NOTA:

Kita masak inti tuna je mcm biasa dan sosnye kita pakai sos pizza je.











nampak menyelerakan .... pasti sodap nie Thu 13-Sep-2007 21:59
Posted by:Nur  - [Link]
Wah, menjadi roti mamaera! Sedapkan roti dari resipi puan roshayati ni? Neway, Selamat berpuasa utk anda sekeluarga yaa. Fri 14-Sep-2007 00:03
Posted by:rozzan
Salam Mamaera dan thanks for drop by Ain's FP.....pandainya mamaera wat bread cam kat kedai plak..ni mesti dah expert ni..kalu kat Malaysia dah leh bukak bakery...anyway Ain pun nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1428H & Selamat Menjalani Ibadah Puasa wat Mamaera sekeluarga diperantauan...raya ni balik Malaysia tak? Fri 14-Sep-2007 00:18
Posted by:Ain  - [Link]
terliurnye... kalo ade ms i nk wat ni Fri 14-Sep-2007 00:31
Posted by:juANi  - [Link]
tengok step by step yg cek de buat ni nampak senang buat roti ni dan nampak sedap.
kena tunggu rajin nak menguli baru boleh cuba...
Fri 14-Sep-2007 03:00
Posted by:mamasya  - [Link]
resepi yang menarik.. sesuai utk bersahur bila dah tak selera mkn nasi..
MaDiHa minta izin link FP Cekdesam ni yer.. thanks..
Fri 14-Sep-2007 03:45
Posted by:MaDiHa  - [Link]
selamat berpuasa cek de sam (nama betul apa yer) & keluarga! Maaf terlambat wish, zakiah busy & tak berapa sihat, tu yg fp lambat update & tak dapat nak berkunjung sangat ke fp kengkawan.. semoga ibadah kita dalam bulan ini diberkati Allah!

p/s : saya pun suka guna basic bread roshayati nyer resepi, paling sedap!
Fri 14-Sep-2007 05:00
Posted by:zakiah zainudin  - [Link]
tengok mcm senang pulak cek de sam buat tuna wheel ni.. kita dah lama tak meroti. tetiba terasa bersemangat pulak. Fri 14-Sep-2007 06:08
Posted by:Pea  - [Link]
Apa saja yang berkait dengan tuna memang Sab suka sangat. Tak leh nak elakkan diri.. hehehe.. tu yang takleh pergi La Bohem kat Jusco tu skrg ni.. Irrisistable laaa Fri 14-Sep-2007 07:27
Posted by:Sabrina  - [Link]
sedap nampak roti pinwheel tuna tu kita ni tak pernah cuba buat roti lagi, asyik beli je Fri 14-Sep-2007 09:44
Posted by:Hajar  - [Link]
>> untuk berbuka puasa sedap ni... Fri 14-Sep-2007 12:37
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
sedap ni roti pinwheel ni...ada taburan cheese lagi... Sun 16-Sep-2007 00:02
Posted by:Ana  - [Link]
sedapnyerrr... Mon 5-Nov-2007 01:20
Posted by:shada osman


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.