Want your
own Fotopage?






 
cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 7-Sep-2007 22:38 Email | Share | Bookmark
AYAM BRIYANI,NASI BRIYANI & ACAR IKAN MASIN











AYAM BRIYANI- Resepi di ajar oleh kawan kita,ATI...nasi briyani simple katanya...thanks...


Bahan-bahan:

1 ekor ayam dipotong dan dibersihkan.

Bahan blend:

1 biji bawang merah besar/ 5 biji shallots
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Bahan Tumis:

bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis dan buah pelaga
2 biji bawang merah di mayang
5 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak masak

4 biji tomato dimesin halus
4 sudu besar sos tomato/tomato puree
1 cawan susu cair
lada hijau
daun ketumbar/daun bawang
garam.gula secukup rasa
4-5 sudu besar rempah briyani


Cara:

1. Panaskan minyak sapi bersama minyak masak. Tumiskan bahan tumis bersama bawang merah yang dihiriskan.
2. Masukkan bahan blend dan tumis sebentar.
3. Apabila telah naik bau, masukkan rempah briyani.
4. Apabila rempah telah garing, masukkan tomato blend, tomato puree, lada hijau,garam, gula dan susu. Apabila telah naik minyak, masukkan ayam.
5. Masakkan atas api kecil sehingga naik minyak lagi.
6. Bila dah masak masukkan daun ketumbar/daun bawang tadi bersama kismis.
7. Apabila telah betul2 masak, ambil sedikit kuahnya utk memasak nasi.








NASI BRIYANI

Bahan-bahan:

4 cawan beras - bersihkan,rendam 1 jam dan toskan
4 cawan air
garam
minyak sapi/butter/minyak- pilih je yg mana sesuai
pewarna kuning

Bahan Blend Kasar:

Bawang besar
bawang putih
halia

Bahan Tumis:

Kayu manis,buah pelaga,cengkih,bunga lawang


Cara:

1. Cairkan minyak sapi/butter.
2. Tumis bahan tumis dan bahan blend sehingga naik bau.
3. Masukkan beras dan kacau sebentar.
4. Masukkan air, kuah briyani ayam dan daun pandan.
5. Masaklah seperti masak nasi biasa di dalam rice cooker.
6. Apabila nasi telah masak, titikkan bbp pewarna kuning dan gaulkan dengan nasi.Tutup periuk nasi dan biarkan sebentar.
7. Bolehlah taburkan bawang goreng bila nak menghidang.












ACAR IKAN MASIN
Sumber : Cik Bunga Kasturi (Resepi.Net)

Bahan
1 paket isi ikan kurau

Bahan kisar
10 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
1 inci kunyit hidup

Bahan yang disangai dan diblend halus
1sk jintan manis
1sk jintan putih
1sk ketumbar

5 biji bwg merah }dibelah 2
5 biji bwg putih }
5 biji cili padi (nak pedas tambah lagi)

Daun kari
2sk gula merah
2sk gula pasir
Cuka

Cara:

Goreng separuh masak isi ikan masin dan ketepikan.
Tumis daun kari dan bahan kisar hingga naik minyak
Masukkan rempah2 yang diblend tadi dan gaul sebati.
Masukkan gula merah, gula pasir dan cuka.
Masukkan bwg merah, putih, cili padi dan isi ikan masin tadi.
Masukkan sedikit air dan biar dia kering sedikit.
Rasalah dan tambah apa yang kurang.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net