cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 30-Aug-2007 11:48 Email | Share | Bookmark
QUICHE KERAK ROTI JENI

 









QUICHE KERAK ROTI - RESEPI OLEH JENI @Jenilicious. Terima kasih dan anak2 kita pun suka makan quiche nie. Sorry Jeni, kita tak buat inti ayam,kita pakai inti lain ok . Lain kali kita nak buat pakai inti ayam pulak....



Bahan-bahan:

Kulit roti dari sebuku roti @ 6 - 7 keping roti
2 biji kentang direbus hingga empuk
Isi dari 2 ketul dada ayam, dipotong kiub
Setengah batang leek, dihiris halus
1 batang karot dipotong panjang 1 inci dan dihiris halus
1 biji bawang besar dipotong dadu
3 ulas bawang putih dipotong dadu
1 sudu besar worchestershire sos
1 sudu besar sos tiram
1/2 kiub pati ayam
1 sudu kecil tepung jagung + air untuk memekatkan kuah
1 sudu besar mentega
4 biji telur + 1/2 sudu teh lada hitam + telur dipukul sebati
1/2 sudu teh lada sulah
1 biji tomato
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya:

1. Kisar roti hingga halus.
2. Kisar kentang hingga halus.
3. Gaulkan roti dan kentang yang telah dikisar. Masukkan lada sulah. Perasakan dengan garam dan uli sehingga sebati.
4. Panaskan mentega di atas kuali.
5. Tumiskan bawang besar dan bawang putih. Setelah naik bau masukkan ayam.
6. Masukkan carrot dan leek. Tumis hingga layu.
7. Masukkan sos tiram dan worchestershire, kuib ayam, sedikit air dan tepung jagung. Tumis hingga kuah pekat. Angkat.
8. Uli sekali lagi doh tadi dan masukkan ke dalam loyang quiche. Tekan-tekan doh sehingga menutup loyang quiche tadi.
9. Bakar seketika di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 5 minit. Kemudian keluarkan.
10. Masukkan inti ayam tadi ke dalam quiche.
11. Tuangkan campuran telur tadi sehingga ke paras tepian quiche.
12. Letakkan hirisan tomato di atas quiche.
13. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 30 minit atau sehingga campuran telur di dalam quiche masak/memejal.



Quote:
Mamasya: Rasanya mamasya lebih rajin lagi dr kita..Bahan2 utk makanan barat senang dapat kat sini...
Kak Hajar: Kena cuba buat Kak Hajar kerana kita masih dalam proses pembelajaran nie...Tak jadi pakar lagi...belum lulus lagi
Suzi: Buat jgn tak buat tp kena bg feed back lah..jgn diam2....
Jeni: Haa....betul tu ..thanks....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net