cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 28-Aug-2007 11:28 Email | Share | Bookmark
PAU KUKUS TRADISIONAL

ROUHOLAHTI
ROUHOLAHTI
ROUHOLAHTI









PAU KUKUS TRADISIONAL – Resipi nie kita copy dr Kak Rinn..mmg kali nie kita buat menjadikkk…Kita ikut step by step cuma kita tak pakai tepung gandum biasa,kita pakai tepung kek...bestnye….Terima kasih Kak Rinn


Bahan-bahan:

1 kg tepung gandum /tepung kek
11gm yis mauripan (=I packet)
200gm gula (=1 cwn)
100gm minyak jagung atau minyak masak (=1/2 cwn)
460gm air (=2 1/2 cwn air, boleh tambah jika perlu)

Cara-cara:

1. Gaul tepung dengan yis.
2. Larutkan gula dalam air.
3. Tuangkan larutan gula sedikit demi sedikit ke dalam tepung dan gaul perlahan-lahan dengan hujung jari.
4. Halfway thru campurkan minyak dan teruskan menguli dgn menghabiskan lebihan air hingga menjadi doh yang kenyal.
5. Rehatkan adunan 10min - 15min.
6. Bulatkan adunan mengikut saiz yg dikehendaki dan rehatkan lagi 10min. Sementara itu panaskan kukusan.
7. Leperkan doh bulat di atas tapak tangan dan masukkan inti kesukaan dan tutup rapat2 dgn menarik bhg yg dirapatkan itu ke arah bawah dan dapatkan permukaan atas yg licin dan bulat.
8. Lapik dengan daun pisang atau plastik yg telah digunting mengikut saiz pau.
9. Biarkan pau naik selama 30min dan kukus selama 10min. Jangan lebih lama dari itu.
* Pau yg telah sejuk boleh dihangatkan semula menggunakan kukusan.


Inti kari daging

Bahan:

daging cincang
ubi kentang [dadu kecil]
serbuk kari daging
air,garam dan gula
daun sup/daun ketumbar
minyak
bawang putih [hiris]
bawang besar [hiris]

Cara:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bwg merah dan bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan rempah kari yg telah dibancuh dgn sedikit air dan masukkan daging cincang, kacau rata.
3. Masukkan kentang, garam dan air.
4. Biarkan mendidih dan pekat.
5. Bila telah lembut dan pekat boleh angkatkan dan masukkan inti ke dalam mangkuk.


Nota: Inti kaya tu kita tak buat sendiri,Jerlene yg buatkan, kita belum ada panggilan lagi nak buat kaya nie.... Mcm panggilan pulau pulak ya...biarlah panggilan pulau lama sikit krn now papa masih pantang makan telur lagi.... ALASANNNNN........



NIE NAK TUNJUK PERIUK KUKUS KITA YG ANTIK DAN BYK BERJASA KPD KITA..TP MALANGNYA TELINGANYA TINGGAL SATU BILA NAK LETAK PENGUKUS TU KENA BERHATI2 BETUL KRN JIKA TERMASUK LEBIH KE DALAM,SATU KERJA PULAK KITA.... KEPADA SIAPA2 YG SUDI NAK BAGI KUKUSAN,SILAKAN.....HEHEHEHEHEHEHE......






Quote:
Maklang: Terima kasih...mmg seronok sgt pau menjadikkkkkk....
Jie Jie : Thanks..
Mamasya: Mama ,periuk nie dah mcm sehati sejiwa dgn kita,susah nak cari ganti...
Kak Kham: Terima kasih..cubalah buat pau nie...
Kak Hajar: Bukannya apa Kak Hajar, nak yg baru kena cari yg serupa jugak so kena tunggu balik Msia nmpknya....
Suzi: Kita tak nak ganti dulu yg nie kecuali ada yg sejenis dgnnya...sentimental value,jauh perjalanan periuk nie dan umurnya sama dgn umur Ika dah.so sayang nak buang... Periuk buatan Indon nie....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net