Want your
own Fotopage?






 
cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 7-Aug-2007 17:56 Email | Share | Bookmark
ACAR REBUNG

Hari nie temankan Ika ke sekolah utk tengokkan kelas dimana dan jumpa cikgu kelas. Entah hari nie nasib tak baik,jumpa cikgu baru si Ika dan dia kata saya nie nanny budak-budak nie pulak ..alahai mak budak nie....tak perasan ke....Bila kita ceritakan ke Zahir,dia kata mmg betul mama tu bukan macam mak org..dia kata kawan kelas selalu cakap yg kita nie kakak dia..katanya badan kita kecil je..tak pelah kecil molek kot..alahai perasan pulak...malu pulak kita....


OK....OK...dahlah nak perasan...kita masak acar rebung...pernah dengar tak??? sebenarnya kita buat sendiri je resepi based on resepi acar masak si Irene..sengaja nak try je.....rasanya if buat pakai rebung segar tu lagi sedappp Kita letakkan resepi tp tak de sukatannya ya....kita main agar2 je...if masak nak cepat mmglah main campak-campak je....












ACAR REBUNG

Bahan:

Rebung- dipotong memanjang dan ambil bahagian lembut sahaja.
Air cuka- air,cuka,gula dan garam dimasak hingga mendidih dan sejukkan. Bila sejuk, bolehlah dicelur rebung di atas.


Bahan blend:
bawang merah
bwg putih
halia
sedikit lengkuas
kunyit
buah keras
cili kering- jika suka pedas,lebihkan

serai-diketuk
biji sawi dan biji ketumbar - optional


CARA :

1. Panaskan minyak,tumis bahan blend bersama biji sawi dan biji ketumbar sehingga naik bau.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit ikut kepekatan yg dikehendaki.
3. Bila dah mendidih,masukkan rebung di atas.
4. Last sekali masukkan cuka,gula dan sedikit garam .
5. Bila kuah dah hampir kering, bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Nota: kena tahu balancekan kuantiti cuka dgn gula. contohnya if kita bubuh 1 sudu besar cuka so 1 sudu besar gula.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net