cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 6-Aug-2007 22:00 Email | Share | Bookmark
IKAN PINDANG DAN SAMBAL IKAN BILIS DGN TEMPE







IKAN PINDANG

Bahan-Bahan:

ikan kembung/selar
serai (diketuk)
cili hijau (dibelah & dibuang biji)-jika suka
asam keping/asam gelugur
daun kesum jika suka

Bahan untuk ditumbuk:-
bawang merah
bawang putih
halia
kunyit hidup
cili merah
sedikit belacan jika suka


Cara:

Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk dan serai dan air ke dalm periuk.
Masak hingga mendidih dan naik bau, masuk asam keping.
Biarkan mendidih kemudian masukkan ikan ,daun kesum dan cili hijau. Biarkan antara 5-10 minit atau sehingga ikan masak.
Dihidangkan panas bersama nasi putih.






SAMBAL GORENG TEMPE DAN IKAN BILIS

Bahan
1 paket tempe...]potong kecil dan goreng dalam minyak dan toskan
1 cawan ikan bilis.. goreng garing


Sambal [mesinkan]
20 tangkai cili kering
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
sikit belacan..jika suka

1 s/b cuka
minyak
garam
gula

Cara

1. Tumiskan sambal sehingga garing dan masukkan cuka. Masukkan garam dan gula sikit.
2. Bila dah naik minyak dan pekat baru masukkan ikan bilis dan tempe tadi.
3.Gaul rata dan angkat dari kuali.


BABY ERA MAIN DGN BAKUL BAJU TU SAMPAI TERKOYAK DAHHHHHH













View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net