cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 2-Aug-2007 12:27 Email | Share | Bookmark
ASAM PEDAS AYAM DAN TEMPOYAK GORENG







ASAM PEDAS AYAM-resepi dr Kak Liza....thanks....

Bahan-bahan:

ayam [buang kulit dan potong kecil]
daun kesum
tomato [belah 4]
air
air asam jawa
minyak masak
daun ketumbar
garam

Bahan-bahan dikisar:

cili kering
bawang merah
bawang putih
halia
serai
lengkuas
buah keras
belacan [jika suka]

Cara-cara menyediakan:

1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar hingga garing.
2. Masukkan ayam dan biarkan sehingga naik minyak semula.
3. Masukkan air asam jawa. Biarkan seketika kemudian masukkan air sejuk.
4. Sesuaikan rasa dan didihkan hingga ayam empuk.
5. Kemudian masukkan daun kesum dan tomato. Biarkan reneh sehingga pekat dan naik minyak.
6. Angkat dan hidangkan.
7. Taburkan daun ketumbar.






TEMPOYAK GORENG

Bahan-Bahan:

Tempoyak
Udang basah (dikupas kulit)
Bawang Merah (diblend)
Bawang Putih (diblend)
Ciling Giling
Sedikit air
Garam dan Gula secukup rasa

Cara:

Tumis bawang merah, bawang putih dan cili giling sehingga naik bau. Masukkan udang basah. Gaul sehingga udang masak. Selepas itu masukkan tempoyak dan gaul sehingga rata. Masukkan sedikit air, garam dan gula.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net