cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 31-Jul-2007 21:24 Email | Share | Bookmark
GRILLED TANDOORI CHICKEN

 
 






GRILLED TANDOORI CHICKEN- Resepi dari Rinnchan Fotopages. Terima kasih byk2 Kak Rinn Like it so muchhhhhh.....

Bahan-bahan:

500gm ayam, dipotong dan dibuang kulitnya
3 sudu besar jus lemon
1 1/2 camca teh garam
1/4 camca teh serbuk kunyit
1/2 cawan plain yogurt
3 biji bawang putih, ditumbuk
1 inci halia, ditumbuk
1 1/4 camca teh serbuk ketumbar
3/4 camca teh serbuk jintan putih
1/2 camca teh serbuk cili/paprika
1 biji cili merah, ditumbuk
minyak masak utk percikan

Cara-cara:

1. Ayam dikelar-kelar atau dicucuk-cucuk supaya bahan perapan boleh meresap
dengan sempurna.
2. Dalam satu mangkuk besar campurkan jus lemon, garam dan serbuk kunyit.
Gaulkan ayam di dalam mangkuk itu dan perap selama 10min - 15min.
3. Di dalam mangkuk yg lain, campurkan pula yogurt, bawang putih, halia, cili dan
semua serbuk-serbuk rempah.
4. Gaulkan ayam yg telah diperap sebentar tadi dgn campuran yogurt ini pula.
Perap lagi selama 1/2 jam.
5. Bakar ayam di dalam oven pada suhu 200c. Sesekali percikkan minyak
masak utk mengelak dari kering. Gunakan serai utk memercik minyak mcm orang
bakar satay.


HARI KITA KEMAS-KEMAS ALMARI DAPUR DAN APA LAGI SI ERA...SERONOKNYA DIA.... HABIS PERIUK DIA BUAT MAINAN PULAK....SELEPAS TU DIA DUDUK TENGOK KATALOG DARI BRIO PULAK...KYUSYUKNYE DIA.....TENGOK BOLEH TP JGN SAMPAI PAKSA BELI.....





Quote:
Kak Hajar: kena buat lagi tandoori chicken tu krn anak2 pun suka jugak.. periuk tu nmpk kilat dlm gmbr je....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net