 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
cek de sam's fotopages By: cek de sam
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Friday, 6-Jul-2007 21:46 |
Email | Share | Bookmark |
|
NASI MINYAK DAN DAGING MASAK HITAM MANIS MAKLANG
|
|
Beberapa hari nie kita sibuk sikit...bukan apa tgh buat persediaan utk bercuti pada musim panas nie....Kena buat survey tmpt2 yg nak dilawati,tempah bilik hotels dan last sekali kena buat budget....
So kita akan bercuti dr 8hb Julai,2007 - 16hb Julai,2007....
NASI MINYAK
Bahan-Bahan:
2 ½ cawan beras (dibersih dan ditoskan)
3 camca besar minyak sapi atau 50 gm mentega
4 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 cm halia (dimayang)
2 ½ cm kulit kayu manis
3 biji buah pelaga 3 kuntum bunga cengkih
1 helai daun pandan
½ cawan susu
sedikit kismis
sedikit bawang goreng
Air anggaran 3 cawan
garam secukup rasa
Cara:
1.Panaskan minyak sapi, tumis bahan hiris dan bahan penumis hingga kuning dan wangi.
2.Masukkan daun pandan, air, susu dan garam. Masak hingga mendidih.
3.Masukkan beras dan kacau hingga rata dan masak dalam rice cooker.
4. Bila telah masak , bolehlah ditabur dgn kismis dan bawang goreng.
DAGING MASAK HITAM MANIS MAKLANG
sukatan nie kita buat sendiri dan terpulang kepada citarasa masing2....
BAHAN:
600gm daging btg pinang – dipotong dan direbus bersama kicap (air rebusan jgn dibuang)
1/2 cwn - kicap manis
3 sudu besar cili kering yg telah diblend (ikut suka pedas)
BAHAN A – asingkan kepada 2 bhg. (untuk digaul bersama daging dan utk tumisan)
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
Bahan Blend:
3 Bwg putih
4 Bwg merah
sedikit Halia
Bunga lawang/kulit kayu manis/buah pelaga/asam keping
Minyak masak
Cara
1. Daging yang dipotong/dihiris nipis – direbus bersama kicap.
(Air rebusan jgn byk sangat sbb daging keluarkan air rebusan)
2. Bila daging dah empuk, gaul sedikit dengan bhg. A, goreng kejap jer.
3. Asingkan daging ke dlm pinggan, masukkan pula lebihan bhn. A tadi utk ditumis.Masukkan cili kering (kalau suka pedas taruh lebih), kacau sebati.
4. Masukkan pula daging dan air rebusan tadi, gaul sampai rata.Taburkan asam keping,bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga.
5. Masukkan kicap jika nak nampak lebih hitam lagi (kita tambah lagi sedikit kicap biar hitam )
6. Biarkan mendidih sekejap dan kuah agak pekat, bolehlah diangkat
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|