cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 26-Jun-2007 20:14 Email | Share | Bookmark
SUP EKOR & PEGEDIL DAGING



SUP EKOR SIMPLE JE....

Bahan-Bahan

500gm ekor lembu
2 biji kentang di belah empat
2 cm halia diketuk

Bahan Hiris:
1 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih


1 bungkus sup bunjut
1 sudu makan serbuk rempah sup


Rempah Tumis:

1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang

sedikit bawang goreng
sedikit daun bawang -di hiris
minyak masak
garam dan air secukupnya

CARA:

1. Ekor lembu di bersihkan dan di rebus bersama halia di dalam pressure cooker
hingga ekor lembu lembut ,lebih kurang 45minit.
2. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis rempah tumis bersama
bahan hiris hingga naik bau.
3. Masukkan rempah sup dan kacau sampai garing,masukkan
air rebus ekor lembu 1 senduk dan kacau hingga rata.
4. Kemudian masukkan bahan yg telah ditumis kedalam periuk rebusan daging tadi.
5. Masukkan kentang dan sup bunjut jika suka.
6. Masukkan garam dan masaklah sampai ubi kentang empuk.
7. Bila nak menghidang sup ekor,bolehlah tabur daun bawang hiris dan bawang goreng.
8. Sedap dimakan dgn garlic bread dan kicap cili api.




PEGEDIL DAGING

BAHAN:

500 gm kentang....rebus dan hancurkan
200 gm daging kisar
1/2 cawan bawang goreng
2 tangkai daun bawang.......] hiris halus
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu besar tepung jagung
garam
2 biji telur..pukul
minyak untuk menggoreng

CARA:

1. Gaulkan semua bahan di atas kecuali telur.
2. Bentukkan adunan supaya menjadi bulat dan leper.
3. Celupkan pegedil ke dalam telur yg dipukul.
4. Gorengkan dalam minyak dgn api perlahan hingga keperangan dan masak.
5. Angkat dan toskan.
6. Hidangkan dgn sos cili jika suka.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net