cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 24-Jun-2007 22:26 Email | Share | Bookmark
MIHUN GORENG



MIHUN GORENG

Bahan-Bahan:

mihun [rendamkan lembut dan toskan]
udang basah
daun kuchai [potong pendek]
tauge
minyak
sedikit kicap
sedikit sos tiram
sedikit sos tomato
sedikit sos cili
garam

bahan tumbuk :

bawang merah
bawang putih

CARA:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.
2. Masukan udang dan kacau rata.
3. Bila udang nampak masak masukkan sos tiram,sos cili,sos tomato ,sedikit garam dan sedikit air. Kacau rata.
4. Masukkan daun kuchai dan kacau rata sehingga sebati.
5. Masukkan mihun dan masukkan tauge.
6. Gaulkan rata sehingga nampak bihun lembut. Rasakan.
7. Bila menghidang, taburkan mihun dgn telur goreng dan daun bawang.


Quote:
Bicara Kalbu: Mengimbangi hak suami, isteri kunci kebahagiaan hidup berumah tangga

SAYA selalu melihat aktivis hak asasi manusia sangat menekankan hak manusia sejagat, namun bagaimana hak ini dapat diserapkan dalam keluarga. Bagaimanakah kita mengharmonikan konsep ketaatan mutlak kepada seorang suami dengan hak asasi wanita dalam Islam. Adakah hak asasi wanita di pandang berat dalam keluarga Islam?


Isteri merdeka

Kota Damansara, Selangor

Institusi keluarga Islam sebenarnya tunjang kepada perlindungan hak asasi manusia yang merangkumi isteri, suami dan anak serta keluarga besar termasuk ibu, ayah serta adik beradik.

Sebagai seorang yang memperjuangkan hak asasi dari segi konsep, politik, warga dan amali, saya yakin institusi keluarga berperanan penting menjelaskan dan menyaksikan betapa Islam tidak hanya menekankan aspek rohani semata-mata tetapi juga menawarkan pakej terperinci yang saling kait-mengait antara satu sama lain termasuk hak setiap ahli dalam keluarga.

Isi ringkas kepada khutbah terakhir Rasulullah SAW: “Wahai manusia, sesungguhnya kamu mempunyai hak ke atas isteri-isteri kamu, dan mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Hak kamu adalah mereka tidak menodai tempat tidur kamu dan mereka tidak melakukan secara nyata sesuatu yang tidak baik. Jika mereka melakukannya juga, maka Allah membenarkan kamu untuk memisahkan mereka dari tempat tidur dan memukul tanpa menyakiti mereka.”

Keluarga dan rumah tangga dalam Islam bagi mewujudkan ketenteraman, ketenangan dan kedamaian. Ini yang mendasari hubungan antara suami isteri, hak masing-masing hinggalah kepada anak-anak.

Akad antara suami dan isteri diikat dengan hak satu ke atas yang lain. Teras utama hak suami terhadap isteri supaya menjaga kesucian kehormatannya dan berkelakuan mulia. Ini sekali gus mengandungi perintah timbal balik supaya suami juga mesti setia, menjaga kesucian diri dan bersifat mulia.

Perkataan qawwamun dalam al-Quran seseorang yang bertanggungjawab atau yang menjaga sesuatu atau melindungi seseorang. Erti yang lebih mendalam dan komprehensif iaitu suami bertanggungjawab menjaga, menyara, membangunkan sahsiah dan melindungi isterinya secara fizikal, mental dan spiritual.

Huraian ini menyedarkan kita betapa adilnya Islam menentukan hak sewajarnya buat manusia dalam konteks keluarga. Jika hak suami supaya isteri menjaga kesucian dan kehormatan dirinya serta berakhlak mulia, ini bermaksud suami yang melaksanakan tugas ‘qawwam’ mesti terlebih dulu memiliki dan menjiwai sifat mulia itu.

Jika suami dan isteri memahami inti pati hubungan ini maka ketenangan akan mengalir deras dalam institusi keluarga. Suami berasa tenang dan tenteram isteri menjaga kehormatannya, manakala isteri juga berasa aman dan selamat kerana yakin di sisinya ada seorang suami sebagai pelindung.

Jawapan disediakan Timbalan Presiden JIM, Syed Ibrahim Al Habshi, dengan kerjasama Wanita JIM.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net