cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 14-Jun-2007 22:39 Email | Share | Bookmark
KUNG PAO FILLET "O" FISH




KUNG PAO FILLET "O" FISH (Nie resepi kita copy dr Rinnchan Fotopages dan there a few thing that kita adjust from the recipe so minta maaf ya Kak Rinn krn kita tak de stok. BTW terima kasih and I like it)

Bahan-bahan:

Isi ikan merah dipotong kiub memanjang, digaul bersama garam, lada putih dan tepung jagung. Then, deep fry sampai garing. Kita pakai isi ikan salmon.

1 bawang besar, dimayang
3 bawang putih, diketuk
2 inci halia, diketuk
1 sudu besar cili kisar atau serbuk cili
Air asam jawa secukupnya
10 tangkai cili kering, direndam
2 sudu besar sos tiram
5 sudu besar sos cili
5 sudu besar sos tomato
2 camca teh sos Lea Perrin & Wocestershire (Tak bubuh krn tak jumpa kat sini)
Garam dan gula secukup rasa
*Nenas, dipotong kiub
*timun, dibuang empulur & dipotong kiub
Buah tomato, dipotong kiub
Kacang tanah goreng (Sebagai menggantikan kacang gajus)-lupa pulak……

*Kita gantikan dgn baby corn dan kacang pea pjg.

Cara-cara:

1. Tumiskan semua bawang sampai layu. Masukkan cili kisar dan air asam jawa. Tumis sampai naik minyak.
2. Masukkan semua sos dan tumis sehingga kuah likat. Boleh tambah sedikit air.
3. Perasakan dengan garam dan gula.
4. Masukkan cili kering dan isi ikan yg telah digoreng garing tadi.
5. Akhir sekali masukkan nenas, timun, buah tomato, dan kacang tanah.

HARI NIE TINGGAL KITA DAN ERA JE DI RUMAH KRN ZAHIR DAN IKA SLEEP OVER DI RUMAH KAK ANI....SO ERA MENCARI-CARI ABG DAN KAKAK..
NIE SI ERA TGH BERSKYPE DGN ADIK BERADIK DIA....






RENUNGAN .....

Quote:
Sifat Manusia

Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah daripada harta, nescaya ia mahu yang kedua dan sekiranya ia mempunyai dua lembah nescaya ia mahu yang ketiga. Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah dan Allah sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat.”

Riwayat Ahmad

Huraian:

i) Manusia secara semulajadinya bersifat tamak dan dengki terhadap kelebihan orang lain.
ii) Kedua-dua sifat ini membawa kerugian kerana ia akan melahirkan individu yang tidak bersyukur sehingga hubungan dalam masyarakat menjadi rosak akibat daripada berlakunya pergaduhan dan persengketaan sesama sendiri.
iii) Selaku umat Islam kita dituntut untuk sentiasa bersyukur kepada Allah kerana dengan bersyukur hati kita akan tenang dan redha di samping mempercayai bahawa rezeki itu terletak di tangan Tuhan. Kita wajib berusaha sedangkan yang menentukannya adalah Allah S.W.T. Bahkan Allah telah berjanji bahawa rezeki orang yang bersyukur akan ditambah sebaliknya pula bagi orang kufur (tidak bersyukur).
iv) Lawan kepada sikap tamak itu adalah bersikap sederhana iaitu menolak keterlaluan di mana kita dituntut agar bersederhana dalam menetapkan sesuatu peraturan, perbelanjaan dan sebagainya tetapi mestilah menyeimbangkannya terutama dalam memenuhi tuntutan keduniaan dan tuntutan akhirat.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net