cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 10-Jun-2007 22:51 Email | Share | Bookmark
BUAH MELAKA@ONDE ONDE



BUAH MELAKA @ ONDE-ONDE

Bahan:

2 cawan tepung pulut
jus pandan secukupnya
2 ketul gula melaka
1/2 biji kelapa muda parut [ambil bahagian putih sahaja](oleh krn susah nak dpt kelapa parut yg segar,kita pakai kelapa kering dan dibasahkan dgn sedikit air panas)

Cara:

1. Bancuh tepung pulut dengan air pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel.
2. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
3. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Buatkan bulat.
4. Panaskan air hingga mendideh.
5. Masukkan bebola pulut tadi.
6. Bila kuih timbul boleh diangkat dan toskan dalam tapisan.
7. Golekkan kuih di atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam.
8. Hidangkan.

Nota: ada kawan ajar jugak supaya kelapa tu dikukus sekejap supaya tahan lama tp kita tak pernah buat krn penyakit MMMMMM....

FOR LUNCH......SIMPLE JEEEEEEEEE.....





RENUNGAN BERSAMA...

Quote:
Jangan membangga Diri

Hadith : Rasulullah saw. Bersabda bermaksud:
“Sesungguhnya Allah telah memberi wahyu kepada Aku yang memerintahkan supaya kamu semua bersifat tawadduk sehingga tidak ada seseorang pun merasa dirinya megah (lebih bangga diri) dari orang lain dan tidak boleh seseorang itu menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain”.

Riwayat Muslim

Huraian
1. Islam menuntut umatnya beramal dengan sifat tawadduk dan hormat menghormati sesama Islam dengan demikian akan lahirlah sebuah masyarakat Islam yang harmoni.
2. Kedudukan orang Islam disisi Allah adalah sama sahaja tarafnya. Oleh sebab itu Islam melarang umatnya melakukan kezaliman dan hendaklah menjauhkan sifat-sifat keji seperti membesar diri, bermegah dan sebagainya.
3. Islam melarang umatnya bersifat bangga diri, kerana mempunyai pangkat dan kedudukan yang tinggi, tetapi hendaklah bersifat hormat menghormati antara satu sama lain dan jangan merendahkan orang lain, kerana semulia mulia manusia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net