cek de sam's fotopages

By: cek de sam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 9-Jun-2007 23:10 Email | Share | Bookmark
SHEPPERD PIE WITH PASTRY

Hari Sabtu yg penuh dgn aktiviti.....Samba Carnaval tu kita tak gi krn terasa penat dan malas jugak.Papa je yg snap gmbr2 tu.... By the way, a friend came to my house and made this...........thanks Yamapi

Kak Ani dan Nana dtg ke rumah jugak dan bawa pizza....dan lewat petang kita semua gi ke rumah Kak Ani ada BBQ lagi..Thank you very much Kak Ani.....Tak ade ambil gmbr krn bateri out dahhhhhhhhh....



SHEPPERD PIE WITH PASTRY

Bahan untuk Pastri:

500g Tepung gandum
250g Butter (tips: butter sejuk dari petisejuk)
2 biji telur
1 tsp Esen Vanila

Ayak tepung. Masukkan butter dan gaul hingga jadi crumbs. Masukkan telur dan esen vanila dan gaulkan hingga rata. Bentukkan jadi sebiji bola. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum digunakan.Keluarkan dr peti sejuk selepas 20minit dan terapkan kedalam acuan aluminium kecil dan bakarlah in preheat oven 180c selama 15-20minit.

Bahan
500 gm daging kisar
1 labu bawang besar [potong dadu]
1 ulas bawang putih [cincang halus]
mix vegetables
Asparagus dipotong sebesar 1 cm
Celeri dihiris halus
1 s/b tepung jagung ]
1 cawan air ] bancuhkan
2 s/b minyak
Lada hitam ikut suka
garam


Bahan Kentang
ubi kentang
susu segar
garam, serbuk lada hitam
air untuk merebus kentang secukupnya

Cara:

Kentang direbus dengan air dan garam sehingga air rebusan kering. Lecek kentang dan gaulkan dengan susu segar, serbuk lada hitam.

Cara:

1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan daging kisar dan celeri. Kacau rata sehingga daging nampak masak.
3. Masukkan semua bahan lain kecuali bancuhan tepung jagung
4. Bila mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga masak.
5. Masukkan inti ke dalam pastry yg tlh masak dan tutupkan dengan kentang lecek lagi.
10. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan 180 'C selama 20 minit
11. Sejukkan dan hidangkan.


Quote:
Penyulawa: Boleh, kita semua kat sini berkongsi2 idea dan resipi.... dan thanks krn sudi mencuba idea kita


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net