Bahan-Bahan:
4 cawan beras basmati (dibersihkan.direndam sementara & ditoskan)
6 cawan air
600 gm daging
1 sudu besar rempah palau masala
3 sudu besar minyak masak
3 sudu besar minyak sapi / marjerin
1 helai daun pandan
Garam & gula secukup rasa
Bahan Kisar:
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
Bahan Tumis:
1 biji bawang besar (dimayang)
3 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
5 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
Cara:
1)Daging dipotong lebar , dibersihkan & ditoskan. Kita pakai daging yg telah siap dipotong mcm daging yg ada tulang.
2)Panaskan minyak masak & minyak sapi & masukkan bahan menumis.
3)Bila bawang kekuningan, masukkan bahan kisar dan rempah palau masala.
4)Masukkan sos tomato dan kacau hingga rata sehingga rempah pecah minyak.
5)Masukkan daging dan air secukupnya.Masak daging sehingga empuk.
6)Perasakan dgn garam & gula.
7) Bila mendidih, masukkan beras dan kacau hingga rata. Masukkan kedalam rice cooker dan masaklah seperti masak nasi biasa.
8)Selepas masak,gemburkan nasi supaya nasi tak berketul.
DALCA
Bahan-Bahan:
500 gm daging
3 biji ubi kentang
5 batang kacang panjang
1 biji carrot
1 cawan kacang dhal.....rebus lembut
4 biji cili hijau
1 biji tomato
1 labu bawang besar
4 cawan santan
3 sudu makan rempah kari daging..
dibancuhkan dgn air asam jawa
4 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih ] hiriskan
3 cm halia ]
1 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak
Garam secukup rasa
Cara:
1. Potong daging nipis dan kecil. Basuh dan toskan.
2. Belah 4 kentang dan tomato
3.Potong kacang panjang.
4. Panaskan minyak sapi & minyak .
5. Tumiskan bahan yg dihiris sehngga wangi.
6. Masukkan rempah kari daging dan biarkan sehingga naik minyak,
7. Masukkan daging dan santan secukup.Renehkan sehingga daging empuk.
8. Masukkan kacang dhal dan semua sayur yang dipotong.
9. Kacau lagi hingga mendidih dan empuk.
10. Masukkan garam.
11. Masukkan cili hijau dan renehkan sehingga naik minyak lagi.
12. Siap untuk hidangan
Nota: Boleh jugak di rebus dulu daging sehingga empuk dan gunakan daging dan air rebusan daging tersebut.
Quote:
Kak Hajar: kita ucapkan berbanyak terima kasih krn sudi melawat fp kita yg tak seberapa nie...